in

“Makin banyak saya kemas, makin sedih saya” – Kongsi Gambar Di Instagram, DS Najib Luah Rindu Pada Arwah Tun Rahah

Ft Najib 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sungguhpun ajal maut adalah lumrah dalam kehidupan, namun sudah pasti tiada siapa yang bersedia untuk menempuh hari  tersebut, apatah lagi kalau yang pergi itu adalah ibu dan bapa sendiri.



Perasaan itu tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun sebab dah naluri manusia dijadikan begitu.

Sama juga buat bekas Perdana Menteri keenam negara, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas kepergian ibundanya.

 

“Jarang dilihat senyuman lebar”

Kepergian Allahyarhamah Tun Rahah dilihat meninggalkan kesan yang begitu mendalam sekali buat anakandanya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Datuk Seri Najib di akaun Instagramnya, beliau dilihat berkongsikan gambar lamanya bersama Tun Rahah serta isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Gambar tersebut dipercayai dijumpai ketika beliau sedang mengemas rumah arwah ibundanya, malah DS Seri Najib  turut memuat naik caption yang membuat ramai tersentuh hati.

Makin banyak saya kemas, makin sedih saya.

Terlalu banyak kenangan bersama arwah bonda.

Selain gambar tersebut Datuk Seri Najib juga berkongsi gambar sewaktu mudanya yang dipercayai disimpan oleh Allahyarhamah Tun Rahah.

Gambar tersebut dikatakan disimpan di dalam album milik bondanya.

 

“Semoga ditempatkan dikalangan orang beriman”

Melihat perkongsian Datuk Seri Najib, rata-rata netizen sempat menitip doa serta pesanan buat beliau.

Image From Ios 2 1

Terdahulu Tun Rahah disahkan meninggal dunia Jumaat lalu di Pusat Perubatan Prince Court dan jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Semoga dipermudahkan urusan buat Datuk Seri Najib sekeluarga, dan janganlah pula dilibatkan mengenai politik pada masa yang sukar ini.

Baca : “Kesedihan dan air mata mengalir”  DS Najib Sahkan Tun Rahah Meninggal Dunia Dengan Posting Menyayat Hati

Capture 17 14

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.