in

Makan Lobster Sama-sama, Katy Perry Dan Justin Trudeau Sedang Bercinta?

syaz ft 2025 07 30T123116.867

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, penyanyi Pop terkenal, Katy Perry mengumumkan dia sudah pun putus tunang dengan pelakon Lord Of The Rings, Orlando Bloom selepas sedekad bersama.

Apa yang mengejutkan, hari ini ada khabar angin yang mengatakan penyanyi I Kissed A Girl itu sedang bercinta dengan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Turdeau.


Menurut laporan portal hiburan, TMZ, Katy Perry dilihat meluangkan masa bersama lelaki berusia 53 tahun itu ketika singgah di Montreal dalam konsert jelajahnya di negara itu pada 28 Julai lalu.

Artikel berkaitan: Katy Perry Antara 6 Selebriti Wanita Bakal Terbang Ke Angkasa Lepas Hari Ini

Artikel berkaitan: Tak Sangka Budak Ni PM Kanada Sekarang..

Katy Perry dijadualkan beraksi di lima bandaraya di Kanada termasuk Ottawa sebelum menyambung konsert jelajahnya itu di negara lain.

Hasil tangkapan paparazzi, mereka berdua dilihat sempat berbual dengan cef restoran Le Violon sebelum menikmati hidangan udang karang dan kemudian minum wain di bahagian teres restoran berkenaan.

WhatsApp Image 2025 07 30 at 10.40.32

Spekulasi tentang hubungan mereka menjadi lebih kuat apabila kedua-dua mereka dilihat bersiar-siar membawa anjing di sebuah taman sebelum makan malam.

Malah, bekas Perdana Menteri Kanada itu menghantar penyanyi tersebut pulang ke tempat penginapannya di Ritz Carlton, mereka berdua juga berbual mesra sebelum Katy Perry masuk ke hotelnya.

Sebagai  info, Justin Trudeau pernah mendirikan rumah tangga selama 18 tahun dan mempunyai tiga anak dengan bekas hos televisyen, Sophie Grégoire namun perkahwinan mereka berakhir pada 2023.

Sumber: Kosmo, TMZ

 

Sumber: TMZ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.