Minggu depan dah nak raya kan? Pastinya korang semua dah siap-siap beli baju raya dan maybe nak buat last minute shopping hujung minggu ni. Kot-kotlah nak cari tudung ke apa kan.
Tapi seorang wanita dan keluarganya ini sedang alami nasib malang apabila baju yang ditempah sejak bulan 4 lagi masih tak dapat-dapat sampai sekarang.
Menerusi perkongsian di Facebook, dia telah membuat tempahan kepada seorang peniaga online untuk siapkan baju suami dan 2 anaknya.
“Nasib badan tahun ni… kena tipu dengan peniaga online”
Menurut wanita bernama Firah ni, dia telah ditipu oleh seorang peniaga online di Instagram yang kononnya akan menyiapkan order pakaiannya, suami dan anak-anak. Agak stress jugalah apabila dia sudah membuat tempahan sejak dari bulan 4 dan sudah pun membayar kesemua caj bayaran. Aduhai!
Berdolak dalih bila tanya bila baju siap, last sekali di’block’
Menerusi perbualan WhatsApp yang dikongsikan Firah, jelas sekali pada awalnya memang nampak peniaga ni beri kerjasama dan maklumkan bila tarikh penghantaran. Tapi bila si Firah ni cadang nak ambil baju tu kat rumah peniaga sendiri, boleh nampak si peniaga ni cuba mengelak.
Bila ditanya banyak-banyak kali, last-last terus kena block dan tak jawab langsung WhatsApp pembeli. Boleh pulak ye dia buat macam tu!
“Anak ramai tu la dia sanggup tipu bagi anak makan duit haram. Ni nak raya lagi banyak scam”
Rata-rata netizen memang kecam habislah jenis peniaga yang berperangai macam ni. Sengaja ambil kesempatan sempena nak raya ni dengan menipu orang ramai. Tak kesian kat anak ke bila buat perkara macam tu??
“Ramai wei kena tipu. Jomlah buat report!”
Hati-hatilah korang yang berurus niaga dengan peniaga online ni. Banyak yang ambil kesempatan sempena nak raya ni.
Baca: “Ingatkan puasa ni syaitan dah kena ikat..” – IG Seller Kongsi Ditipu Scammer Order Kuih Raya