Ditipu semasa membuat urusan jual beli adalah satu mimpi ngeri baik untuk penjual mahupun pembeli.
Lagi-lagi dengan adanya penjualan online, sepatutnya urusan membeli-belah jadi semakin mudah. Tapi ia tak berlaku kepada sebuah akaun Instagram terkenal, Cushy Candy.
Order diterima last minute
Menurut posting di Instagram, Cushy Candy selaku seller menerima satu order kuih raya last minute yang dibuat oleh seorang pelanggan yang mendakwa dia dari Singapura.
Kononnya susah nak buat online transfer sebab dari negara jiran, jadi seller pun setuju untuk buat Cash on Delivery (COD) tanpa mengambil sebarang deposit.
Mereka berjanji untuk bertemu di sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur untuk urusan penghantaran.
Customer hilangkan diri
Sebaik berada di lobi hotel, seorang perempuan bertudung datang ambil order tu dan minta wakil seller tunggu bos datang buat pembayaran.
Lepas 10 minit tunggu, tak ada juga. Baru sedar dah kena tipu dan customer pun dah hilangkan diri!
Kalau tengok butir perbualan ni, gaya cakap tak nampak pun macam penipu.
Geng tunggu dalam kereta Hilux Hitam
Mengakui sebahagian masalah ini datang dari kesilapan sendiri, seller cuba dapatkan rakaman CCTV hotel selepas buat laporan polis.
Rupa-rupanya si penipu bawa geng yang dah tunggu di parking hotel. Perempuan bertudung juga!
Lagi hebat tu, lari bawa kereta Hilux berwarna hitam tapi pakai plat palsu bernombor BNN 4238. Rupa-rupanya plat motor daaa..
Moral of the story, jaga-jaga bila berurusan dengan sesiapa. Dan jangan lupa minta duit deposit bila ambil order pelanggan!