in

Mak Terkejut Tengok Kepala Anak Umur 9 Tahun Makin Botak, Bila Doktor Check Rupa-rupanya…

Hairball E1613872240822

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kita jaga anak kita sendiri, kadang-kadang tak semua benda yang dorang buat kita perasan.


Macam kes dekat China ni, seorang budak perempuan berusia 9 tahun tiba-tiba jatuh sakit dan kerap muntah, loya dan hilang selera makan.

Pada awalnya keluarga dia ingatkan anak dorang ada sakit gastrik, tapi bila doktor buat imbasan CT di hospital, doktor jumpa gumpalan rambut sebesar 18cm dalam perut budak ni! Biar betulll

Menurut Oriental Daily, budak perempuan yang tinggal di Harbin, China ini memang badannya sentiasa kurus dari kecil lagi sebab dia hanya makan sikit je. Tapi sebabkan personaliti dia sentiasa ceria, mak bapaknya tak pernah rasa yang anak dorang ni tak normal.

Bila budak perempuan ni berusia lapan tahun, ibunya berhenti kerja untuk menumpukan perhatian pada anaknya. Namun, ibunya masih tak perasan apa-apa yang pelik pada anaknya.

0Fef2B31Ecbb711Ef421D6792E1A7B91 E1563508137362
Sumber: oriental daily

Pada satu hari, anaknya tiba-tiba jatuh sakit dan ketika ini baru dia perasan yang rambut anaknya semakin botak.

Seleapas disoal, barulah budak perempuan ni nak mengaku yang dia dah makan rambutnya sendiri sejak dari kecil lagi.

Doktor yang merawat budak ini mengesyaki yang dia mempunyai masalah pemakanan, yang dipanggil Pica. Orang yang menghidap Pica ni suka makan benda yang tak ada nilai nutrisi. Selepas membuat beberapa kajian, doktor ini gunakan endoskop untuk membuang rambut dari mulut budak ini.

Hair 1
Sumber: oriental daily

Bagaimana pun, selepas dua pembedahan doktor hanya boleh buang setengah je rambut kerana dia temui luka ulser putih dalam perut budak ini. Doktor masih lagi cuba untuk membuang rambut dalam perut budak ini.

Aduh, macam manalah nak handle kalau anak suka makan benda pelik-pelik ni. Dah lah pandai sorok.

 

Baca: “Jangan buat makanan jadi jijik boleh tak?!” – Sebab Trend Boba Tea, Ada Yang Buat Nasi & Maggi Goreng Boba

Screenshot 2019 07 19 At 2.57.51 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.