in

Mak Ayah Tergamak Tinggalkan Bayi Usia 5 Bulan Sampai Membusuk Semata-Mata Untuk Keluar ‘Gathering’

Ibu Tinggalkan Bayi 5 Bulan

Kehadiran seorang zuriat dari benih sendiri sangat dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Kalau sebelum lahir lagi bayi dalam kandungan sudah ditatang bagai minyak yang penuh, bila dah lahir semestinya ibu bapa akan lebih memberikan sepenuh kasih sayang dan memenuhi permintaan anak kesayangan.

Jasad bayi 5 bulan membusuk dalam rumah

8 9

Namun, lain pula yang terjadi di negara jiran Indonesia ini apabila seorang bayi berusia 5 bulan telah ditemukan membusuk dalam rumahnya sendiri, lapor Tribunnews.

Kejadian tersebut pula hanya diketahui apabila neneknya mendakwa terhidu bau yang tidak menyenangkan sebelum melaporkannya kepada orang kampung. Namun, ketika membuat pemeriksaan, ternyata si kecil tersebut ditemui dalam keadaan sudah dijemput Ilahi.

Mak ayah tinggalkan bayi sebab pergi ‘gathering’

Lebih menyayat hati, rupa-rupanya bayi itu telah ditinggalkan oleh kedua orang tuanya semata-mata untuk menghadiri satu gathering di Yogjakarta. Kanak-kanak malang itu adalah hasil dari perkahwinan sepasang suami isteri bernama Riky dan juga Eka.

Bayi banyak kesan cedera, rupanya dibantai ibu sendiri

7 7

Hasil post mortem telah mengesahkan kanak-kanak berkenaan meninggal kerana dipercayai telah ‘dibantai’ ibu sendiri berulang kali. Sejumlah bekas kecederaan juga turut dijumpai di bahagian belakang badan si kecil itu termasuklah daripada kepala sehingga ke punggung.

Perbuatan ini akhirnya telah dikesan pihak berkuasa yang terus mengambil tindakan dengan menahan ibu terbabit.

Buat ibu bapa di luar sana, jangan sesekali buat darah daging sendiri macam ni! Sayangilah mereka dengan sepenuh hati okayy!

Baca: “Kami tak expect semua ni” – Ibu Cemas Anak Sulung ‘Mild Autism’ Campak Bayi Ke Lantai”

10 1

Sumber: Portal
Sumber: Tribunnews