in

“Kami tak expect semua ni” – Ibu Cemas Anak Sulung ‘Mild Autism’ Campak Bayi Ke Lantai

Ft Anak Mild Autism Lemapr Bayi Ke Lantai

Kadang kala, ada masanya ibu akan terlepas pandang untuk pantau anak mereka kerana sibuk untuk menguruskan rumah.

Baru-baru ini, ada seorang ibu yang dikenali sebagai Amiera Baharom berdepan dengan detik cemas kerana anak sulungnya telah melempar si adik yang masih bayi ke lantai.

 

Kakak ada mild autism

Dalam video berdurasi 49 saat yang dimuat naik di TikTok itu, anak sulung, Amilia sedang berada di ruang tamu bersama adiknya, Amina.  Jadi Amiera dan suaminya pula dilihat seperti berada di dapur.

Tanpa diduga, Amilia tiba-tiba dukung Amina dari kereta sorong dan melemparkannya ke lantai sebelum seorang lelaki bergegas ke tempat kejadian.

Walaubagaimanapun, ketika membuat pemeriksaan, Amina tidak ada apa-apa dan tiada sebarang kecederaan teruk berlaku kepadanya.

@amierabaharom

Pengajaran bg kami utk lbh berhati2 dgn behaviour anak sulung kami #mildautism #autismacceptance #autismawareness

♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Amiera menjelaskan bahawa dia akui itu adalah silapnya kerana tidak dapat menyangka Amilia akan bertindak sedemikian.

“Kami akui silap kami sebab letak Amina kat situ. Benda nak jadi, kami sendiri pun tak expect semua ni. Lega doktor kata Amina ok.”

Dalam pada itu, Amiera menjelaskan bahawa anak sulungnya itu ada ‘mild autism’ dan ia mungkin salah satu penyebab dia bertindak sedemikian.

“Btw.,kepada yang tak tahu, anak sulung saya Amilia ada mild autism. Ini maybe salah satu penyebab dia bertindak macam tu. Percayalah, sebenarnya Amilia sayangkan adik dia.”

 

Tak ada siapa yang salah – Netizen

Dalam masa 16 jam, video ini telah meraih 6.4 juta jumlah tontonan, dan rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Amiera dan memberikan sokongan moral kepadanya.

Screenshot 2022 06 24 171735 Screenshot 2022 06 24 171803

Allahu, semoga dapat dijadikan pengajaran, apapun alhamdulillah si adik tak apa-apa dan min pun yakin si kakak tu bukan sengaja buat macam tu.

Baca : “Moga diberi kekuatan” – [VIDEO] Zarina Zainuddin Kongsi Detik Cemas ‘Diserang’ Anak Autisme

Anak Zarina Zainuddin