Rasanya cerita berkenaan dua bintang terkemuka antarabangsa ini sudah semestinya menjadi tumpuan orang ramai.
Priyanka Chopra dan Nick Jonas telah melangsungkan perkahwinannya pada 1 Disember lalu di Istana Umaid Bhavan Jodhpur, India.
Namun begitu, disaat para peminat dari seluruh negara terpukau melihat pasangan itu, Priyana Chopra telah dikecam oleh segelintir masyarakat di India. Eh! Apa pula ceritanya ni?
Priyanka dilabel hipokrit sebab…
Lapor sumber, Priyanka merupakan ambassador untuk anti-pencemaran. Beberapa minggu sebelum perkahwinannya berlangsung, Priyanka terlibat dalam satu kempen Breathfree dimana ia merupakan sebuah kempen untuk membidas segala mitos berkenaan penyakit asma.
Sewaktu penglibatannya dalam kempen itu, dia membuat ucapan sempena hari Deepavali lepas, dalam ucapan tersebut dia ada menyampaikan mesej untuk menjaga alam sekitar.
Dalam iklan kempen tersebut dia memberi nasihat agar elakkan pencemaran udara dan bunyi, menggesa agar tidak bermain bunga api dan mercun sepanjang musim perayaan tersebut.
Ia demi kebaikan kepada manusia, haiwan bahkan penghidap asma sepertinya bernafas dengan aman.
Gesa jangan main mercun tapi ada pertunjukan “Fireworks”
Disebabkan itu, perkahwinan mereka yang diraikan dengan pertunjukan bunga api itu mendapat tentangan hebat oleh biarpun sebilangan netizen disana.
Mereka labelkan Priyanka sebagai hipokrit, menjadi duta anti pencemaran tapi masa hari wedding buat fireworks show sampai berjam-jam lamanya.
Selain menerima kecaman hebat, Priyanka juga di troll dengan mesej-mesej sinis berkenaan dengan kempen yang dijalankan sebelum ini.
Hidap penyakit asma masa Diwali tapi tak ada masa weeding – Netizen
Baca : Korang Minat Bollywood? Ini 10 Filem Underrated Yang Korang Mesti Tengok Sekali Seumur Hidup!