in

Majlis Bandaraya Ipoh Perjelas Kenapa Sugu Tak Layak Dapat Anugerah Ikon

Anugerah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dikhabarkan tidak berpuas hati namanya tak tercalon untuk menerima anugerah Ikon Bandaraya Ipoh menjadi punca perselisihan antara pasangan Youtuber masakan terkenal Sugu Pavithra sehingga menyebabkan kecederaan.


Disebabkan isu ini menjadi bualan hangat rakyat Malaysia kini. Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Mohd Syahrizal Azim memberikan penjelasan sebab kenapa Sugu tidak layak menerima anugerah tersebut.

Menerusi Sinar Harian, pengiktirafan Ikon Bandaraya Ipoh yang diberikan kepada YouTuber masakan, S Pavithra adalah atas kapasiti beliau sebagai anak kelahiran Ipoh.

 

Sugu bukan anak kelahiran Ipoh

Katanya lagi, pengiktirafan status ikon itu juga hanya melibatkan penerima individu dan bukan atas ‘Sugu Pavithra’ yang merupakan jenama saluran YouTube kendalian pasangan berkenaan.

“MBI memberi pengiktirafan ini hanya kepada Pavithra seorang kerana dia berasal dari Buntong, Ipoh manakala suaminya dari Sungai Siput. Ia sebagai satu bentuk penghargaan atas usaha dan pencapaiannya sebagai anak kelahiran Ipoh membina kerjaya menerusi bakat dimiliki,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, perselisihan faham itu berlanjutan hingga membawa kepada kejadian pukul di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Kejadian kira-kira jam 5.54 petang,suspek dikhabarkan berada dalam keadaan mabuk dan memegang sebilah sabit disedari jururawat dan pengawal keselamatan hospital.

Polis telah mendapatkan tahanan reman terhadap suspek selama tiga hari bermula semalam bagi siasatan kes di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Baca : “Pavithra ditampar beberapa kali di muka, pipi. Lengan dipukul dengan sabit” – Sumber Terdekat

Pavithra

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.