in

“Pavithra ditampar beberapa kali di muka, pipi. Lengan dipukul dengan sabit” – Sumber Terdekat

Sugu Pavithra

Semalam, suami Youtuber program masakan Pavithra dikenakan tahanan reman tiga hari bermula semalam kerana didakwa mencederakannya. Menurut Sinar Harian, Pavithra dilihat hadir ke Mahkamah Majistret Ipoh ditemani ahli keluarga namun wajahnya yang selalunya terlihat ceria nampak gelisah.

Bagaimanapun, dia dikatakan dalam keadaan stabil meskipun mengalami luka dan lebam di bahagian muka serta bibirnya. Sumber terdekat memaklumkan , ketika kejadian di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh itu Sugu telah menampar Pavithra di muka dan pipinya beberapa kali menggunakan tangan.

Serangan itu telah menyebabkan bibirnya berdarah dan difahamkan Pavithra juga telah dipukul di bahagian lengan dengan senjata sabit.

Sugu1

Sugu4

Tidak tahan dengan keadaan itu, Pavithra sendiri telah hadir ke balai polis dan membuat laporan memaklumkan dia dicederakan suaminya.

Mangsa minta diberikan ruang untuk menyelesaikan konflik peribadi keluarga mereka.”

Jadi untuk sementara ini, mereka tidak akan meneruskan apa-apa kerjasama program atau rakaman memasak dengan mana-mana pihak selama beberapa minggu bermula dari sekarang.”

Sugu2

Terdahulu, timbul spekulasi mengatakan pasangan itu bertengkar dipercayai akibat Pavithra tidak menyebut nama Sugu ketika menerima anugerah di Ipoh baru-baru ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958. Ramai netizen prihatin dan mengambil berat tentang keadaan Pavithra selepas apa yang berlaku terutamanya di Twitter sehinggakan nama pasangan itu menjadi trending.

Image From Ios

Baca: Tak Sebut Nama Suami Masa Terima Anugerah Dikatakan Punca Sugu Bergaduh Dengan Pavithra?

Collage 37

Sumber: Malay Mail
Sumber: Instagram
Sumber: Twitter