in

Majlis Akad Nikah Di Selangor Akan Dilaksanakan Secara Sidang Video Sepanjang PKP

Nikkah3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula hari ini, majlis akad nikah di Selangor akan dilaksanakan secara sidang video semula sehingga 26 Januari depan.


Menurut  Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, kaedah itu hanya dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin dan temujanji tarikh akad nikah oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau di Masjid Pengurusan.

 

Dilakukan oleh pendaftar, perlu ada wali dan dua saksi bersama pengantin

Nikkah

“Pegawai Tadbir Agama (PTA) setiap daerah akad menetapkan pelaksanaan majlis akan nikah berdasarkan temujanji yang telah diatur.”

Tambahnya, perkhidmatan utama ditawarkan JAIS khususnya melibatkan urusan nikah, cerai dan rujuk hanya dijalankan secara dalam talian sepanjang tempoh PKP, lapor Sinar Harian.

Malah, ada 10 kaunter talian telefon dibuka di One Stop Centre di Aras Bawah, Bangunan Sultan Idris Shah untuk konsultasi perkhidmatan dan urusan temujanji.

“Pelanggan boleh menghubungi talian 0355143600 atau 0355143400 sepanjang waktu pejabat dibuka (Isnin hingga Jumaat).

“Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan juga boleh diemelkan ke info@jais.gov.my. Hotline Penguatkuasaan pula dibuka bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.”

Untukk rekod, akad nikah di Selangor secara dalam talian diperkenalkan dalam tempoh PKP yang terdahulu pada 20 April tahun lalu.

 

Baca: Sekarang Dah Boleh Nikah Online, Tempoh Akad & Nikah Kurang Dari 15 Minit

Nikkah2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.