in

“Main tuduh je” – Kena Lokap 14 Jam Dekat Hotel 5 Bintang Sebab Polis Ingat Bawa Dadah, Tapi Sebenarnya…

Hari yang sepatutnya bahagia untuk menyambut ulang tahun bersama ibu bapa bertukar menjadi insiden memalukan apabila dia dituduh memiliki dadah.

Menurut Mothership, seorang wanita dan rakan-rakannya dimasukkan ke dalam lokap selama 14 jam selepas ditahan serta digari seperti penjenayah di sebuah hotel 5 bintang dekat Singapura.

Sharonia Paruntu dari Indonesia ketika itu bersama rakan-rakannya meluangkan masa bersama pada 12 November lepas sempena hari jadinya di hotel tersebut.

Sumber: Instagram

Kejadian ini mula tular selepas bapa Sharonia, Stanley Paruntu meluahkan rasa marah dan kecewa di Facebook tentang kesilapan pihak berkuasa menahan anaknya.

Kasihan anakku birthdaynya di kantor polisi, di jail!!!”

Serbuk putih yang pihak polis sangka merupakan dadah rupa-rupanya adalah serbuk deodorant yang diisi di dalam plastik lut sinar.

Hotel membuat laporan anakku pesta dadah padahal yang mereka curigai adalah TAWAS deodorant yang ditaruh di kantung obat.”

Sumber: Facebook
Sumber: Instagram

Sebelum kejadian, seorang staf hotel telah masuk ke bilik hotel Sharonia dan terjumpa satu bungkusan kecil berisi serbuk berwarna putih. Bukan itu saja, panel kaca di bilik mandi juga dilihat retak.

Tapi sebenarnya menurut Sharonia, dua rakannya entah bagaimana telah terperangkap di dalam bilik mandi itu pada jam 2 pagi. Disebabkan tidak boleh membuka pintu, mereka cuba pecahkan panel kaca itu.

Sumber: Facebook

Tanpa bertanya dan usul periksa, staf hotel terus menuduh mereka mengadakan parti dadah di dalam bilik tersebut. Hotel itu kemudian menghubungi polis dan Sharonia serta rakan-rakan digari serta dibawa ke balai polis. Bagaimanapun, kesemua mereka disahkan negatif dadah.

Selepas kejadian ini berlaku, pihak hotel dikatakan menghubunginya dan meminta ganti rugi panel kaca yang pecah itu.

Sumber: Facebook

Sumber: Instagram

Baca: Steve Titus: Dituduh Rogol Tanpa Bukti, Jadi Mangsa Salah Laku Mahkamah & Korupsi Polis Sampai Hilang Kerja & Harta