Hanya dengan tunjuk gambar, daripada gambaran mangsa, pemuda 31 tahun, Steve Titus yang bersih daripada jenayah telah menjadi mangsa buruan polis tanpa usul periksa. Tak pasal-pasal dia dituduh merogol orang hanya kerana gambaran mangsa itu mirip mukanya.
Menurut thread Zamir Mohyedin, disebabkan korupsi polis dan misconduct pihak mahkamah yang tak kaji selidik secara terperinci itulah hidup dan masa depan Steve Titus musnah, dia hilang segala-galanya .
Walaupun di bebaskan daripada hukuman, Steve putus tunang, habis wang dan hilang kerja kerana nak bela diri.
Bila baca cara mangsa kenalpasti suspek ni dan bila dah dapat tahu suspek sebenar, jadi sakit hati pula .
Kelibat perogol seakan-akan dirinya
Ketika hari dia ditangkap, pemuda Washington ini baru sahaja pulang dari makan malam bersama tunangnya. Tiba-tiba dia ditahan polis.
Dia di maklumkan bahawa terdapat kes rogol pelaku dan mangsa menegaskan gambaran pelaku seolah-olah sepertinya iaitu lelaki berjambang, memandu kereta biru dan pemuda berusia dalam lingkungan 30-an.

Ketika dapat persetujuannya untuk ambil gambar dan ditunjukkan kepada mangsa. Jawapan mangsa adalah “This one is closets” (ini paling hampir).
Dua hari kemudian, polis terjah pejabat Titus & serta merta dijatuhkan dakwaan merogol gadis tersebut. .
Ketika perbicaraan tersebut berlangsung, mangsa daripada ragu terus yakin bahawa Titus adalah perogolnya. “I am absolutely positive that is the man”.
Terus dijatuhkan bersalah & dipenjarakan
Mahkamah memutuskan Titus bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara. Sebelum hukumannya dijatuhkan, Titus telah meminta bantuan jurnalis dari Seattle Times, Paul Henderson untuk menyiasat sendiri kesnya.

Setelah membuat banyak siasatan, Henderson menemui banyak bukti yang tak konsisten bagi menunjukkan bahawa Titus tidak bersalah.
Kes ini kepada mahkamah supaya kes Titus dibicarakan semula. Dengan bantuan pihak polis, siasatan diteruskan.
Edward Lee King, perogol sebenar

Akhirnya, siasatan mendapati Titus tak bersalah. Perogol yang sebenar ialah Edward Lee King yang mengakui telah melakukan lebih 50 jenayah rogol.
Apabila gambar Edward dipaparkan kepada mangsa, gadis itu mula menangis, , “Oh my God, what have I done to Mr. Titus?” (Oh tuhan, apa yang saya dah buat dengan Encik Titus)
Dakwaan ke atas Titus digugurkan. Walaupun Titus terlepas daripada hukuman, Titus menyatakan dia telah hilang segalanya.
Saya kehilangan tunang saya kerana saya menghabiskan banyak masa untuk ini, dan saya telah berubah, saya bukan orang yang dia tahu, saya kehilangan pekerjaan saya, keluarga saya kehilangan simpanan mereka, $ 9,000, saya berhutang $ 3,000 kepada peguam saya.”

Nak tuntut keadilan, tapi tak sempat, meninggal dunia akibat serangan jantung
Titus mengeluarlan fail saman sebanyak $20 juta ke atas pegawai-pegawai dan jabatan yang pernah melakukan “misconduct” ke atas dirinya.
Malangnya, belum sempat perbicaraan saman tersebut bermula, Titus meninggal dunia akibat sakit jantung.
Berdasarkan perkongsian daripada Zamir, siasatan mendapati, terdapat fabrikasi bukti yang dilakukan oleh pihak polis bagi menunjukkan bahawa Titus bersalah.
Tetapi perkara ini sebenarnya menarik perhatian Elizabeth Loftus, ahli psikologi. Dia hairan mengapa mangsa dari ragu menjadi yakin bahawa Titus adalah perogol.
Apabila Loftus melakukan kajian ke atas memori/ingatan manusia, beliau mendapati ingatan manusia ini mudah tercemar dan rapuh.
Memorinya mudah ditukar/alter apabila disuap dengan pelbagai maklumat yang berkaitan.