in

Mahu Kenang Jasa Haiwan Perosak, Syarikat Ini Bina Tugu Khas Untuk Lipas

Tugu Lipas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pembinaan tugu sememangnya tak asing lagi di setiap negara sebab. Selalunya, ia dibina untuk mengenang jasa seseorang. Contohnya, Tugu Negara di Kuala Lumpur dibina untuk memperingati jasa pewira yang terkorban ketika melawan penjajah dahulu.

Namun, tugu di Jepun ini pula lain daripada yang lain kerana ia dibina berbentuk lipas sebagai tanda mengenang jasa haiwan perosak itu.


Mesti korang tertanya-tanya dah kenapa pulak nak kenang jasa lipas yang kotor kan?

Rupa-rupanya, tugu lipas di Nara, Jepun itu dibina oleh sebuah syarikat penyelenggaraan bangunan iaitu Sono & Sons di mana syarikat itu menyediakan servis kawalan serangga perosak seperti lipas, tikus dan sebagainya.

Jadi, syarikat Sono & Sons telah membina tugu lipas itu untuk memperingati lipas-lipas yang telah mati setelah diracun oleh mereka.

Selain itu, Sono & Sons juga mahu mengenang jasa lipas-lipas berkenaan yang telah memberikan pendapatan kepada syarikat itu.

Tugu Lipas

Lagi menarik, rekaan tugu lipas yang dibina di kawasan sebuah kuil berdekatan dengan Sungai Kitayama di Shirakawa, Nara itu juga sangat cool. Dah macam raksasa dalam Ultraman kan. 

Difahamkan, tugu lipas itu dinamakan sebagai Gokiburi Tenzo dan ia telah dibina kira-kira lebih 20 tahun lalu, lapor SoraNews24.

Sumber: SoraNews24

Baca: “Patung ni wujud gais”- Patung Menakutkan Dalam ‘Squid Game’ Sebenarnya Ada Di Sebuah Kampung 

Patung Squid Game Ft Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.