in

Mahkamah Tinggi Putuskan 4 ‘Surat Derma Arab’ Kes 1MDB Najib Razak Sebenarnya Palsu

syaz ft 2025 12 26T124239.891

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Tinggi hari ini menolak pembelaan Datuk Seri Najib Razak berhubung isu derma Arab dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB), selepas mendapati empat pucuk surat sumbangan yang dikemukakan adalah palsu.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menegaskan bahawa bekas Perdana Menteri itu gagal melakukan sebarang pengesahan rasmi untuk memastikan sama ada dana tersebut benar-benar datang daripada Almarhum Raja Abdullah.


Artikel berkaitan: Najib Razak Luah Rasa Pilu, Tak Dapat Tengok Anak Kahwin & Sambut Kelahiran Cucu

Artikel berkaitan: “So sorry daddy” – Anak Najib Razak Luah Rasa Kecewa, Mohon Bapa Bersabar Dengan Keputusan Mahkamah

Selain itu, mahkamah menarik perhatian kepada fakta bahawa surat-surat dalam bentuk asal tidak pernah dikemukakan sebagai bukti.

Dalam penghakimannya, Sequerah menyifatkan Najib sebagai “sengaja menutup mata” (willful blindness) terhadap sumber sebenar dana tersebut.

Beliau menyatakan adalah luar biasa apabila tiada sebarang surat penghargaan dihantar kepada pihak istana Arab Saudi, sedangkan penjejakan aliran wang menunjukkan dana itu sebenarnya disalurkan melalui entiti milik sekutu Jho Low, Eric Tan iaitu Vista Equity, Blackstone, serta Tanore.

Mahkamah memutuskan bahawa naratif derma tersebut tidak berasas dan merupakan satu cubaan untuk membuktikan dana yang sebenarnya berpunca daripada 1MDB. Kegagalan ini sekali gus menyaksikan Najib gagal menangkis anggapan suapan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM.

Perbicaraan ditangguhkan seketika bagi memberi laluan kepada waktu solat Jumaat dan dijadualkan bersambung semula pada sebelah petang untuk baki penghakiman.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.