in

“Mahkamah terbaik” – Reaksi Bapa Zayn Rayyan Selepas Mahkamah Tolak Penangguhan Hukuman Penjara Ismanira

bapa zayn rayyan mahkamah terbaik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari memberikan rekasi kecewa selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan penangguhan hukuman penjara ke atas isterinya, Ismanira Abdul Manaf, hari ini.

Zaim Ikhwan kemudiannya beredar dari mahkamah bersama ahli keluarga yang lain termasuk ibu dan bapanya, Zahari Mohd Reba.


“Mahkamah terbaik,” ujarnya ringkas kepada media.

Pada masa yang sama, datuk kepada Zayn Rayyan turut enggan memberikan sebarang komen berhubung keputusan mahkamah itu.

Peguam yang mewakili Ismanira, Haresh Mahadevan juga memaklumkan tiada sebarang kenyataan daripada pihaknya.

Artikel berkaitan: Mahkamah Tinggi Tolak Rayuan, Ibu Zayn Rayyan Kekal Dipenjara

Artikel berkaitan: Ismanira Menangis Teresak-esak Apabila Nama Adik Zayn Rayyan Disebut Peguam

Dalam prosiding itu, harapan Ismanira untuk pulang ke pangkuan keluarga tidak kesampaian apabila Hakim Datuk Aslam Zainuddin menolak permohonannya dengan alasan tiada keadaan khas atau istimewa untuk membenarkan permohonan tersebut.

Untuk rekod, Ismanira telah dipenjara selama 53 hari termasuk hari ini selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 31 Oktober lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Dr. Syahliza Warnoh memerintahkan wanita itu ke Penjara Wanita Kajang serta-merta selepas menolak permohonannya sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Selain hukuman penjara, ‎Ismanira turut diarah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.