in

Mahkamah Persekutuan Batal 16 Kesalahan Dalam Enakmen Syariah Kelantan, Ini Penjelasannya…

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa 16 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah. Keputusan ini merupakan undian majoriti 8-1, panel sembilan hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.


Ekoran keputusan ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah menyifatkan keputusan ini sebagai Black Friday atau Jumaat yang hitam untuk undang-undang syariah Islam serta turut meletakkan jenayah syariah di negeri lain dalam keadaan bahaya dan kritikal.

Kanun9 O Hmfield Image Socialmedia.var 1707444220

Sebelum ini juga, ketika kes ini masih dalam perbicaraan, Tengku Maimun telah memberi amaran kepada pengamal undang-undang yang terlibat dalam kes ini untuk tidak memberikan apa-apa komen yang boleh membawa kepada hasutan ke atas orang awam.

Menurutnya, terlalu ramai orang telah bercakap dan memberikan komen yang bercanggah dengan isu sebenar ini kerana kes ini bukan dibuat untuk melemahkan posisi Islam mahu pun mahkamah Syariah.

Jadi, kalau korang nak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa mahkamah membuat keputusan ini, jom baca penjelasannya.

Artikel berkaitan: Kilang Di Kelantan, Ada Yang Ingin Tahu Kilang Khairul Aming Dapat Air Bersih Dari Mana?

Artikel berkaitan: Isu Hak Jagaan Adik Maisarah: Peguam Maklumkan Ia Di Bawah Kes Sivil, Bukan Syariah

Cabar Enakmen Syariah Kelantan: Apa sebenarnya yang dicabar?

Nikelin

Peguam kelahiran Kelantan, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Persekutuan pada 25 Mei 2022 yang lalu dengan menamakan kerajaan Kelantan sebagai responden tunggal.

Melalui permohonan tersebut, dua wanita ini telah meminta agar Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan bahawa 18 peruntukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah tidak sah kerana berada di luar bidang kuasa DUN Kelantan.

Nik Elin dan Tengku Yasmin berhujah, mengikut Perlembagaan Persekutuan, kerajaan persekutuan mempunyai kuasa di bawah perlembagaan untuk membuat undang-undang jenayah tersebut melalui Parlimen. Selain itu, 18 peruntukan di dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan itu telah pun ada dalam Mahkamah Persekutuan yang meliputi kesalahan yang sama justeru DUN tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang.

Di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, terdapat dua senarai yang mengatakan undang-undang apa yang kerajaan persekutuan mempunyai kuasa untuk dibuat melalui Parlimen dan undang-undang apa yang kerajaan negeri boleh laksanakan melalui Dewan Undangan Negeri.

Pada awalnya, dua wanita ini telah mencabar sebanyak 20 peruntukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah namun ia kemudiannya telah dikurangkan kepada 18 peruntukan selepas Seksyen 5 dan Seksyen 37(a) telah digugurkan dari petisyen.

Hujah-hujah dari pempetisyen dan responden

Melalui peguamnya, Nik Elin memberikan hujah bertulis dan lisan mengatakan bahawa terdapat diskriminasi nyata di dalam konteks undang-undang jenayah yang sama.

Mereka berhujah bahawa orang Islam akan menjadi subjek diskriminasi dari dua hukuman dan prosedur yang berbeza untuk kesalahan yang telah termaktub di dalam Kanun Keseksaan yang digubal oleh Parlimen dan undang-undang Islam selepas peruntukan ini dikuatkuasakan.

Selain itu, mereka juga turut mengatakan jika terdapat percanggahan di antara undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan dewan undangan negeri, ia perlu dibatalkan.

Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa jika terdapat undang-undang negeri yang tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka ia adalah tidak sah dan terbatal.”

Tak cukup dengan itu, mereka juga turut berhujah bahawa rangka kerja persekutuan juga telah mengiktiraf Parlimen untuk mengekalkan peranan menyelia kuasa DUN untuk menggubal undang-undang berdasarkan ajaran Islam.

Perkara ini dipetik dari keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2021 di mana kesemua sembilan panel hakim telah bersetuju untuk membatalkan peruntukan undang-undang negeri Selangor yang menjadikan seks luar tabii sebagai kesalahan Syariah adalah tidak sah dan menentang Perlembagaan Persekutuan.

Rik2Idfj Btv3 Work 16

Manakala responden, kerajaan Negeri Kelantan berhujah bahawa Nik Elin dan anaknya tak mempunyai locus standi untuk mencabar peruntukan-peruntukan tersebut kerana cabaran mereka hanyalah berdasarkan kepentingan sendiri.

Mereka juga turut mengatakan, perkara yang dibangkitkan oleh pempetisyen adalah tidak matang dan hanyalah andaian semata-mata kerana pempetisyen mengatakan sebelum ini bahawa mereka bimbang sekiranya pihak lain akan menggunakan kuasa penyiasatan untuk menyiasat mereka berkenaan 18 peruntukan yang dipertikaikan.

Selain itu, kerajaan Kelantan juga turut mengatakan bahawa peruntukan yang dipertikaikan itu dibuat bagi melindungi kesemua orang Islam yang menetap di negeri tersebut dan memastikan mereka terus mengikut ajaran Islam.

Tak cukup dengan itu, kerajaan Kelantan turut mengatakan bahawa kedua-dua pempetisyen juga tidak tinggal di Kelantan walaupun mempunyai keluarga, harta dan aset di Kelantan, jadi mereka gagal untuk menunjukkan kepentingan peribadi yang mahu dilindungi.

Kerajaan Kelantan turut menyatakan bahawa peruntukan yang dipertikaikan ini tak boleh ditafsirkan sebagai tidak sah kerana DUN mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang mengenai kesalahan Syariah seperti yang diiktiraf di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)

Responden turut memetik laporan Suruhanjaya Reid di mana penggubal Perlembagaan asal berhasrat agar perkara berkaitan agama Islam atau adat orang Melayu dikhaskan dalam skop kuasa negeri masing-masing.

Untuk pengetahuan korang, Suruhanjaya Reid ialah sebuah suruhanjaya bebas yang bertanggungjawab menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu merdeka daripada kuasa penjajah British.

Keputusan mahkamah

5F30339Bbc397E585836C6C69685Ad10

Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa 16 dari 18 peruntukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Kelantan sebagai tidak berpelembagaan, sekaligus memutuskan bahawa DUN Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang 16 kesalahan ini kerana terdapat undang-undang persekutuan untuk jenayah yang sama.

Berikut adalah 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 yang diputuskan sebagai terbatal dan tidak sah:

Seksyen 11: Memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat

Seksyen 14: Liwat

Seksyen 16: Persetubuhan dengan mayat

Seksyen 17: Hubungan seksual dengan bukan manusia

Seksyen 31: Gangguan seksual

Seksyen 34: Memiliki dokumen palsu, memberikan keterangan, maklumat atau kenyataan palsu

Seksyen 36: Apa-apa yang memabukkan

Seksyen 39: Mengurangkan skala, ukuran dan berat

Seksyen 40: Melaksanakan transaksi muamalat yang bertentangan dengan ‘hukum syarak’ (undang-undang syariah)

Seksyen 41: Melaksanakan urus niaga mualat melalui riba

Seksyen 42: Penyalahgunaan label dan konotasi halal

Seksyen 43: Menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat

Seksyen 44: Tindakan persediaan menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat

Seksyen 45: Perbuatan maksiat sebagai persediaan

Seksyen 47: Perbuatan sumbang mahram

Seksyen 48: Muncikari (lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya, bertentangan dengan hukum syarak)

Manakala dua seksyen yang dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pula merupakan:

Seksyen 13: Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam yang tercela dari segi moral

Seksyen 30: Menggunakan perkataan yang boleh memecahkan keamanan

Sekadar info, terdapat sebanyak 68 seksyen di dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dan Nik Elin telah mencabar 20 dari 68 seksyen manakala 48 seksyen lain tidak disentuh. Mahkamah pula hanya bersetuju dengan 16 peruntukan manakala selebihnya mahkamah memihak kepada DUN Kelantan.

Lapan dari 9 hakim yang bersidang memihak kepada Nik Elin manakala seorang hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak tidak memihak kepada Nik Elin kerana isu locus standi dan menurutnya Nik Elin tak ada hak untuk mencabar kes ini.

Ketua Hakim Negara pula tidak setuju dengan peguam Kerajaan Negeri Kelantan yang mengatakan kes ini akan mengkafankan Mahkamah Syariah kerana Enakmen Syariah masih berkuatkuasa dan hanya 16 seksyen sahaja tidak sah.

Kes ini bukan untuk menjatuhkan martabat Mahkamah Syariah. Pempetisyen hanya mencabar kuasa DUN Kelantan untuk membuat undang-undang. Yang mana melanggar Perlembagaan. – Tengku Maimun

Sumber: Malay Mail, Harian Metro, Liyana Marzuki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.