in

Isu Hak Jagaan Adik Maisarah: Peguam Maklumkan Ia Di Bawah Kes Sivil, Bukan Syariah

Isu Hak Jagaan Adik Maisarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah seorang kanak-kanak perempuan bernama Maisarah yang menangis kerana berpisah dengan ibunya telah meruntun hati ramai orang.


Kes itu juga telah mendapat pelbagai reaksi, ada yang menyelar tindakan kejam bapanya berdasarkan dakwaan yang dilaporkan dan ada juga yang mengkritik mengenai sistem kehakiman di sini.

“Isu perebutan anak kes sivil, bukan syariah”

Susulan isu itu, Persatuan Pertubuhan Peguam Syarie Negeri Pahang (PPSNP) mengingatkan masyarakat supaya menghormati proses perundangan yang melibatkan bekas pasangan suami isteri Orang Asli ini mengenai perebutan hak penjagaan anak mereka.

Memetik sumber Malaysiakini, kanak-kanak itu didakwa mengikut agama ibunya iaitu agama Islam. Manakala bapa yang bernama Roslan Mohamad adalah bukan Islam.

Maklum dengan kegusaran dan kekeliruan orang ramai mengenai kes tersebut, pengerusi PPSNP Mohd Rosli Yusoff menegaskan kes itu merupakan prosiding di Mahkamah Tinggi Kuantan dan bukannya di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

“Oleh kerana ibu kanak-kanak tersebut diwakili oleh peguam, pihak kami percaya peguam tersebut telah dan akan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi menjamin kepentingan dan hak ibu serta kanak-kanak tersebut,” katanya.

Beliau juga menyelar pihak yang membuat tohmahan, komen dan spekulasi negatif yang tidak berasas terhadap mana-mana institusi kehakiman dan perundangan negara ini.

Difahamkan, selain habeas corpus, terdapat juga prosiding berkaitan pertikaian hak penjagaan melibatkan kedua-dua ibu bapa itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yuseri Yusoff (@yuseriyusoff)

Dalam pada itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada memohon hak penjagaan sementara daripada Mahkamah Majistret Pekan tetapi ditolak.

Mahkamah Tinggi Kuantan telah memerintahkan JKM menyiapkan surat tunjuk sebab pada 1 Jun ini kerana mengambil kanak-kanak daripada jagaan ayahnya yang berjaya dalam perintah habeas corpus.

Baca: Didakwa Dibuli & Didera Bapa Sendiri, Ini Kronologi Penuh Kisah Adik Maisarah…
Maisarah Hak Penjagaan Anak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.