in

Mahkamah Perintah Hafidz Roshdi Buat Pemeriksaan Mental Lepas Mengaku Tak Bersalah Pukul Isteri

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sampai sekarang, nama Hafidz Roshdi dan isterinya masih hangat disebut oleh netizen lebih-lebih lagi selepas dia didakwa telah menumbuk Shuhada sehingga wanita itu menerima 10 jahitan di muka.


Sebentar tadi, pelakon ini telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri pada 2 Mac lalu.

Bagaimanapun, Hafidz mengaku tidak bersalah dan telah dikenakan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin oleh Majistret, Siti Fatimah Talib.

Bukan itu sahaja, Majistret juga memerintah Hafidz untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Tak cukup dengan itu, lelaki ini juga dilarang untuk mengganggu Shuhada dan perlu menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

0313Rshafidz 1678673839

Mahkamah kemudiannya menetapkan sebutan semula kes pada 9 Jun depan bagi membuat proses penyerahan dokumen serta laporan kesihatan.

Berdasarkan pertuduhan yang disebut ke atasnya, Hafidz didakwa telah menumbuk Shuhada sebanyak tiga kali di bahagian kiri wajah wanita tersebut selepas berlaku pertengkaran antara mereka di susur keluar tol Sungai Buaya.

Sekiranya disabitkan kesalahan, pelakon ini boleh menerima hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000.

Sekadar info, Hafidz dan Shuhada telah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dengan dua cahaya mata. Lelaki ini kemudiannya melafazkan cerai terhadap isterinya melalui panggilan telefon pada 22 Februari lalu.

Sumber: mStar

 

Baca: “Keluarga Hafidz membenarkan dia berkahwin tanpa izin saya” – Ini Respons Nurul Shuhada Untuk Hafidz

F1 Nurul Shuhada Respons

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.