Semalam, kecoh di media sosial apabila pelakon lelaki yang kini sedang menjadi perhatian ramai iaitu Hafidz Roshdi telah memuat naik surat terbuka kepada bekas isterinya, Nurul Shuhada.
Dalam surat terbuka yang dimuat naik di Instagram itu, Hafidz telah mendakwa bahawa status Instagram Nurul Shuhada pada 5 Mac lalu telah mengaitkan dan mengaibkan seluruh keluarga Hafiz.
Namun, tak lama selepas itu, Nurul Shuhada pula telah memberi respons kepada surat terbuka Hafidz di Instagram.
Menurut Nurul Shuhada, dia membalas kenyataan Hafidz itu melalui media sosial kerana kenyataan Hafidz sebelum ini juga dibuat di platform yang sama.
https://www.instagram.com/p/CppM1_8rjO2/?utm_source=ig_web_copy_link
Saya tidak lagi boleh berdiam. Saya terasa dikhianati, semuanya berlaku tanpa pengetahuan saya. Tetapi dengan pengetahuan keluarga Hafidz iaitu membenarkan Hafidz berkahwin tanpa izin saya.
Saya terasa seorang diri dan hadirnya pihak lain yang menjadi orang ketika dalam kehidupan kami. Kebiasaannya pada peringkat awal, saya sebagai wanita menjadi marah, geram, keliru memikirkan pelbagai hal. Saya kecewa. Saya sedih. Saya memikirkan nasib saya dan anak-anak. Mampukah kami meneruskan kehidupan saya sebagai suri rumah dan bangkit untuk membela saya dan anak-anak. Apakah kemungkinan akan datang?”, tulis Nurul Shuhada.
Tambah Nurul Shuhada lagi, dia juga ada memberi peluang dan cuba berbincang tentang hal tersebut.
Nurul juga menghakhiri kenyataan tersebut dengan harapan bahawa kisah yang terjadi kepadanya itu tidak akan berlaku kepada sesiapa yang lain.
https://www.instagram.com/p/CpKmWo2LPW5/
Dia juga akan mengambil tindakan undang-undang termasuk kecederaan yang dialaminya.
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk semuanya.
Sumber: Instagram @shushukriii
Baca: Hafidz Roshdi Muat Naik Surat Terbuka, Minta Shuhada Tarik Balik Penerbitan Dalam Masa 48 Jam