in

“Mahal betul sabun tu!” – Lelaki Beli iPhone 12 ‘Online’ Harga RM2,881, Tapi Yang Sampai Adalah…

Iphone 12 Sabun E1641001057128

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hasrat seorang lelaki untuk merakam video unboxing setelah menerima iPhone yang dibelinya secara online terbantut selepas dua buku sabun yang terkandung dalam bungkusan yang diterimanya.


Man Gets Soap Bar Instaed Of Iphone E1634361827738

Menurut The New Indian Express, Simranpal Singh telah membeli sebuah iPhone 12 128 GB menerusi platform e-dagang, Flipkart dengan harga Rs 51,999 (RM2,881) semasa jualan Big Billion Days.

Pun begitu, setelah bungkusan diterima, Simranpal kecewa kerana iPhone 12 yang ditunggu-tunggunya tiada dan digantikan dengan dua buku sabun jenama Nirma.

Dalam satu blog, Simranpal berkata, ketika penghantar barang Flipkart tiba, dia memintanya membuka bungkusan terbabit dihadapannya sambil Simranpal merakam aksi itu. Difahamkan, video unboxing terbabit akan dimuatnaik ke laman YouTube.

Walau bagaimanapun, seletah menyedari dirinya ditipu, Simranpal enggan memberikan nombor OTP kepada pekerja penghantar barang berkenaan sebagai tanda pesanan sudah diterimanya.

106909380 1626086056746 Gettyimages 1233327882 Pgonchar W6761 E1634361930352

Tidak cukup dengan itu, Simranpal sudah memfailkan aduan kepada bahagian perkhidmatan pelanggan Flipkart dan dilaporkan sudah menerima semula wangnya dalam jumlah penuh beberapa hari kemudian.

Dalam pada itu, jurucakap Flipkart berkata, pihak mereka mempunyai polisi zero-tolerance membabitkan mana-mana insiden yang boleh memberi kesan kepada kepercayaan pengguna terhadap Flipkart.

Menurutnya, selepas isu terbabit tular di internet, pihak mereka segera menghubungi mangsa bagi mendapatkan maklumat lanjut dan pengembalian semula wang secara penuh segera dilakukan. Kes berkenaan difahamkan masih dalam siasatan.

Flipkart Fliptrends Body E1634361989633
Gambar hiasan

“Walaupun jarang berlaku, pelanggan diseru untuk sentiasa berhati-hati dalam melakukan apa-apa pembayaran secara dalam talian terutama sekali yang melibatkan wang yang banyak,” katanya.

Selian itu, Flipkart juga mempunyai pilihan Open Box Delivery dimana penghantar barangan Flipkart akan membuka terus bungkusan yang membabitkan item-item bernilai tinggi di hadapan pelanggan bagi memastikan barang yang diterima sahih dan berkualiti tinggi.

Sumber: The New Indian Express

Baca: Lelaki Order Buah Epal Dari Tesco Tapi Dapat Sekali Dengan iPhone, Ingatkan Prank Rupanya Betul!

Ft Dapatiphone E1634360273280

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.