in

Lelaki Order Buah Epal Dari Tesco Tapi Dapat Sekali Dengan iPhone, Ingatkan Prank Rupanya Betul!

Ft Dapatiphone E1634360273280

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kita dengar berita tentang individu order Apple iPhone tapi bila parcel sampai benda lain yang diterima. Sebelum ni ada kes wanita di China order iPhone tapi dapat air yogurt epal dan ada pula lelaki di Thailand yang terima meja kopi berbentuk iPhone.


Tapi, kali ini lain sikit cerita tentang bagaimana seorang lelaki boleh terima iPhone selepas membeli groceries. Menurut Nick James dari UK, dia telah memesan beberapa senarai makanan melalui atas talian dari Tesco dan memilih cara ‘Click and Collect’.

Tesco2

Menurut India.com, kejutan berlaku selepas dia collect pesanan dibuatnya di Tesco pada Rabu lepas, 11 April 2021. Sebaik saja membuka bungkusan, bukan setakat makanan yang dipesan saja tetapi Nick terkejut apabila mendapati ada satu kotak iPhone SE di dalam itu.

Pada mulanya dia menyangka ianya adalah satu prank, namun kemudian mendapati ternyata iPhone SE tersebut adalah hadiah untuknya dari pihak Tesco. Pasar raya itu sedang menjalankan kempen promosi dan menghadiahkan barangan elektronik seperti Apple iPhone, AirPods dan telefon pintar Samsung kepada pembeli bertuah yang dipilih secara rawak.

Iphone1 1

Iphone3

Beruntung bagi James, dia telah terpilih sebagai salah seorang pemenang dan dihadiahkan iPhone SE tersebut. Melalui Twitter, Nick telah memuat naik beberapa gambar dan berterima kasih kepada pihak Tesco di atas hadiah diterimanya itu.

Kami mengambil pesanan dan mendapat kejutan di dalamnya — Apple iPhone SE. Kami pesan buah epal dan secara rawak telah menerima Apple iPhone!”

Mungkin sebab dia order buah epal? Atau kebetulan?

Baca: “Jatuh tenggelam masuk tasik” – Terkejut Jumpa Balik iPhone Setahun Kemudian, Masih ‘Function’ Dengan Baik!

Ft Iphonepower

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.