in

Macau Scam: Sharnaaz Ahmad Bersedia Beri Kerjasama, Pernah Hubungi SPRM Untuk Beri Keterangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad, 35, memberitahu yang dia masih belum dipanggil pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes pengubahan wang haram Macau Scam dan perjudian dalam talian.


Menurut Harian Metro, Sharnaaz berkata, dia ada menghubungi SPRM sebelum ini untuk beri keterangan dan bersedia untuk memberi kerjasama bagi membantu siasatan.

“Belum ada sebarang panggilan saya dapat setakat ini daripada SPRM. Namun, saya sudah bersedia untuk memberikan kerjasama penuh jika dipanggil.

“Saya mengaku pernah menghubungi SPRM bagi memberi keterangan sebaik isu terbabit menjadi bualan. Apapun, butiran maklum balas SPRM adalah sulit untuk saya kongsikan,” katanya.

Menurut Sharnaaz lagi, dia juga tak perlu rasa takut kerana tidak bersalah dan mendakwa tidak terbabit langsung dalam sindiket berkenaan.

“Kegiatan haram terakhir yang pernah saya lakukan adalah kuda longkang. Itu pun masa saya masih di zaman persekolahan. Itu pun kalah sebab saya memang tiada bakat dalam perjudian. Saya cuma ada bakat dalam memikat hati dinda (perempuan) sahaja,” katanya berseloroh.

Pun begitu, pelakon ini bersyukur perniagaannya tidak terjejas disebabkan kontroversi mengaitkan jenama yang diusahakannya itu baru-baru ini.

Bagus Sharnaaz! Awal-awal dia dah hubungi SPRM untuk beri kerjasama bagi bantu siasatan. 

Baca: Macau Scam: Pelakon Lelaki & Pengacara Wanita Popular Akan Dipanggil Membantu Siasatan SPRM

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.