Sejak kebelakangan ini, tular sebuah audio gorgon di TikTok sehingga ramai pengguna media sosial di platform tersebut yang menggunakan sound gorgon terbabit pada video TikTok mereka.
Untuk pengetahuan anda, perkataan ‘gorgon’ itu digunakan oleh orang ramai untuk merujuk kepada haiwan besar yang pelik. Asal usul gorgon adalah daripada perkataan gorgos (menakutkan) yang berasal daripada mitos Yunani. Ia juga bermaksud makhluk perempuan yang menakutkan.
Namun, baru-baru ini, seorang lelaki yang dikatakan merupakan pemilik asal sound ‘Gorgon’ itu telah menjadi perhatian ramai setelah videonya memegang seekor anak buaya dikongsikan di akaun TikTok saipu_baharin.
@
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai warganet yang mengatakan mereka berasa lega kerana akhirnya dapat mengetahui juga siapa sebenarnya pemilik suara sound gorgon di TikTok itu.
Difahamkan, pemilik suara sebenar gorgon itu juga mempunyai akaun TikTok iaitu dbo_wild.
@dinbesut_dbo Dunia liar bersama DBO #fyp #demokatobelako #selimut #dbo
Apa yang menarik perhatian lagi ialah ramai warganet mengatakan suara individu tersebut persis seperti suara alih bahasa Melayu dalam rancangan Nat Geo Wild dulu-dulu.
Apa-apa pun, ramai yang kata dorang dah boleh tidur lena lepas dah dapat tahu siapa pemilik suara gorgon ni.