Semalam, kecoh di Twitter apabila sebuah video yang memaparkan seorang individu di sebuah apartment telah membuang najis kucing dari tingkat atas bangunan ke bawah.
Tindakan individu tersebut semestinya telah menimbulkan kemarahan warganet kerana ramai yang risau jika tahi kucing yang dibaling dari tingkat atas itu akan terkena kepala atau muka penduduk yang sedang berjalan di kawasan sekitar apartment tersebut.
Difahamkan, video berkenaan sebenarnya dirakam oleh penghuni atas unit rumah individu yang membuang najis kucing itu dan ia telah dimuat naik di TikTok sebelum dikongsikan semula di Twitter.
Oo camni rupanya buang taik kucen kalau duduk rumah tinggi² gunung kinabalu 🥹 pic.twitter.com/8t7D2m1Nq7
— لينا لينا (@liyanaliyana) March 10, 2023
Dapat dilihat dalam video yang berdurasi selama seminit 32 saat itu bahawa individu tersebut telah menampi terlebih dahulu pasir kucing untuk mengasingkan najis kucing itu.
Dia kemudiannya mencedok najis kucing dengan menggunakan senduk khas sebelum tahi haiwan itu dibuang ke bawah bangunan dari tingkat atas.
Rata-rata warganet telah mengecam tindakan individu itu kerana dilihat sangat mementingkan diri sendiri.
Dalam masa yang sama, ada juga netizen lain yang mempersoalkan mengapa si perakam video berkenaan tidak menegur atau menjerkah indvidu yang membaling najis tersebut bahawa tindakan itu salah.
Namun, warganet yang lain pula berpendapat tak semua orang boleh ditegur sebab kalau salah cakap nanti, boleh sebabkan pergaduhan besar pula.
Selain itu, ada juga netizen lain yang prihatin turut mencadangkan mana-mana pemilik haiwan peliharaan yang malas untuk mencedok najis kucing untuk menggunakan pasir kucing jenis Tofu kerana ia boleh dibuang ke dalam lubang tandas macam najis manusia.
Tiada masalah pun kalau nak pelihara haiwan macam kucing ke arnab ke atau hamster sekali pun, tapi kita selaku tuan kena lah cerdik dalam penjagaan kebersihan haiwan-haiwan tersebut.
Sumber: Twitter