Nama Yonnyboii sudah pasti tidak asing lagi bagi penggemar muzik tanah air. Mula berjinak di industri muzik melalui kolaborasi bersama Caprice, Yonnyboii melonjak naik apabila lagu Sakit yang ditulisnya meraih lebih 45 juta tontonan di Youtube.
Baru-baru ini, tular di laman Instagram berkenaan lirik lagu tersebut dijadikan bahan rujukan kertas model SPM. Wah, next level betul!
https://www.instagram.com/p/CWV1uiLB3S4/
Dari perkongsian pemilik akaun @malaysianhustler itu, lagu Sakit digunakan sebagai salah satu medium pembelajaran di mana pelajar perlu menjawab soalan-soalan berdasarkan liriknya.
Post tersebut mendapat perhatian pencipta bersama lagu ini iaitu Zynakal yang turut kagum dengan perkara itu.
Menjawab isu tersebut, Yonnyboii tidak dapat menahan rasa bangga dan seakan-akan tidak percaya perkara tersebut akan berlaku sepanjang kareer nyanyiannya.
Dulu waktu di bangku sekolah, saya selalu terfikir kalau suatu hari nanti, saya nak tulis lagu yang boleh buat orang nyanyi di perhimpunan pagi di sekolah atau di kem-kem motivasi.”
Menurut sumber, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman turut memberi penekanan terhadap ganjaran yang akan datang ketika membuat sesuatu perkara yang diingini.
Meskipun iramanya bersahaja, lagu Sakit nyanyian bersama Yonnyboii dan Zynakal membawa tema berkenaan kesihatan mental yang harus dititikberatkan oleh semua pihak dari semasa ke semasa.
Penyanyi rap itu juga turut menyatakan lagu Sakit secara tidak langsung mendorong semua orang, terutamanya golongan pelajar lebih peka dengan kesihatan mental mereka. Yonnyboi turut berbesar hati ada pihak yang menjumpai harga dan nilai tersembunyi dalam lagunya itu.
Orang jadikan lagu tulisan kita bahan model SPM untuk dikaji atau dijawab para pelajar, maknanya di situ ada harga dan ada nilai tersembunyi dalam lagu.”
Lagu Sakit sebelum ini pernah memasuki semi-final program Muzik-Muzik, namun gagal untuk melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu Ke-35 tahun lepas.
Sumber: Kosmo