in

Gara-gara Berhenti Tepi Nak Tengok Pemandangan, Myvi Dilanggar Motosikal Di Lebuhraya SUKE

Kemalangan Di Lebuhraya Suke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja dibuka untuk kegunaan umum pada Hari Malaysia, 16 September 2022 lepas, Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) mendapat perhatian ramai kerana pengguna jalan raya dibenarkan menggunakannya secara percuma dalam tempoh sebulan.

Walau bagaimanapun, perkara yang tak enak nampaknya telah berlaku apabila ada di antara netizen memberitahu terlihat segelintir pemandu berhenti di lorong kecemasan untuk melihat pemandangan di lebuhraya berkenaan.


Baru dibuka tapi dah ada kemalangan? 

Menerusi kenyataan polis pada 19 September yang tular di Twitter, satu kemalangan katanya telah berlaku di Lebuhraya SUKE selepas dua hari ia dibuka melibatkan sebuah kenderaan Myvi dan motosikal.

Hasil siasatan mendapati kemalangan tersebut berlaku apabila pemandu Myvi tersebut dikatakan telah berhenti di lorong kecemasan lebuhraya itu dari arah tol Bukit Teratai menghala ke Kuala Lumpur untuk melihat pemandangan sekitar dari atas lebuhraya.

Namun tanpa dijangka-jangka, sebuah motosikal datang dari arah belakang dan melanggar Myvi tersebut hingga menyebabkan penunggang itu mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Penunggang motosikal itu kemudian telah dibawa ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan.

Kes ini telah disiasat di bawah kaedah 16 LN 166/59 iaitu menghalang sehingga menyebabkan kemalangan. Individu yang cuai hingga menyebabkan kemalangan boleh dikompaun sehingga RM300.

Harapnya selepas ini janganlah ada yang berhenti tepi jalan lagi. Bahaya sangat buat macam ni sebab boleh akibatkan kemalangan. 

Baca: Baru 3 Hari SUKE Dibuka, Dah Ada Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan Untuk Nikmati Pemandangan

Tepi Jalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.