in

“Macam pernah nampak dengan Bangla, mata lebam”- Sedih! Bapa Hilang Anak Hampir 1 Tahun, Pakai Baju Gambar Anak Berharap Agar Ditemui

Feature 2 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumlah kanak-kanak hilang di Malaysia semakin membimbangkan. Menurut Sinar Harian, walaupun 97.6 peratus kes kanak-kanak dan remaja hilang ditemui semula, masih ada lebih kurang 3 peratus mangsa hilang yang masih belum ditemui sehingga kini.

Seperti kisah yang dilalui oleh seorang bapa yang telah kehilangan anaknya hampir setahun lalu, Mohd Fauzi telah berkongsi curahan hatinya menerusi Facebook kerana anaknya, Muhammad Zahiruddin Putra telah hilang sejak April tahun lalu.


Tak boleh nak dibayangkan perasaan ayah ni kan. 

https://www.facebook.com/tafg737/posts/10213151785869603

 

Dalam post itu juga, dapat dilihat si ayah memakai baju yang terpampang gambar anaknya dengan harapan supaya orang sekeliling dapat membantunya jika ada yang ternampak anaknya di mana-mana.

Hilang 2

Menurut Berita Harian, kanak-kanak yang kini berusia 9 tahun itu hilang setelah keluar bersendirian dari rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra, Bangi untuk bermain dengan rakannya pada 15 April 2019.

Hilang 4

Rata-rata netizen mendoakan agar keluarga ini diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ini dan semoga Zahir segera dikembalikan kepada keluarganya.

Ada juga netizen lain yang mengatakan pernah ternampak kanak-kanak ini menaiki LRT bersama warga Bangladesh di Kuala Lumpur. Namun, sejauh mana kesahihan informasi ini tidak dipastikan.

Hilang 1

 

Jadi, kalau korang ada ternampak kanak-kanak ini di mana-mana, segera beritahu keluarganya ya. Semoga adik ni segera ditemui supaya dia dapat kembali dengan ibu bapanya. 

Baca: Budak 5 Tahun Hilang Selepas Ditinggalkan Bapa Dalam Hutan Sebagai Denda 

Hilang

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.