in

“Macam mana nak bincang, dia dah block nombor telefon saya sejak setahun lalu”- Puteri Sarah Liyana

F1 Pssy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, warganet dikejutkan dengan berita pengakuan oleh pengarah filem Mat Kilau iaitu Syamsul Yusof bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar yang juga merupakan anak perempuan kepada pelakon tempatan iaitu Kazar Saisi.

Berita pernikahan kali kedua Syamsul Yusof itu telah dikongsikan menerusi Instagramnya sendiri.


https://www.instagram.com/p/CnEIhZfoc3B/?hl=en

Dalam video yang berdurasi lebih kurang empat minit itu, pengarah dan pelakon yang berusia 39 tahun itu juga telah meminta isterinya iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana Megat agar pulang bagi membolehkan mereka berdua berbincang dengan baik tentang kemelut rumah tangga mereka.

Walau bagaimanapun, Puteri Sarah telah tampil berkongsikan video klarifikasi di Instagram peribadinya sejurus selepas suaminya mengaku telah bernikah lagi.

Dalam video yang berdurasi selama lebih lapan minit itu, Puteri Sarah telah membuat klarifikasi tentang permintaan suaminya dalam video pengakuan dah berkahwin lagi sebelum itu.

Boleh tengok video penuh yang dikongsikan oleh Puteri Sarah Liyana di sini.

https://www.instagram.com/p/CnEvDpUB9tY/

Dalam video yang dikongsikan di Instagramnya, Puteri Sarah mendedahkan bahawa nombor telefonnya telah disekat (block) oleh suaminya itu sejak setahun lalu.

Jadi, tindakan yang dibuat oleh Syamsul Yusof telah menyukarkan pasangan itu untuk berbincang.

Puteri Sarah juga telah menunjukkan bukti bahawa pelakon dan pengarah filem Munafik itu telah menyekatnya di aplikasi WhatsApp.

3

Selain itu, Puteri Sarah menjelaskan dia turut pelik dengan sikap suaminya kerana sepanjang tempoh empat tahun rumah tangga mereka bermasalah, Syamsul tidak bercakap apa-apa, apatah lagi untuk berbincang.

Sebelum ini juga, Puteri Sarah  pernah menyuruh suaminya berkahwin dengan Ira Kazar kerana dirinya tidak mahu bersubahat dengan maksiat.

Dalam masa yang sama, sebelum ini, Syamsul Yusof berkali-kali mengatakan bahawa dia tidak mahu berkahwin dengan Ira meskipun sering ditanya adakah dia mahu mengahwini wanita berkenaan oleh Puteri Sarah, ibu bapanya sendiri dan semua sepupunya.

2

Tentang isu Puteri Sarah membawa anak-anak keluar rumah pula, pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu juga menjelaskan bahawa dia bertindak sedemikian kerana memerlukan bantuan keluarganya untuk menjaga kedua-dua anak mereka.

Puteri Sarah turut berkongsi bahawa kemelut hubungan mereka itu akan diselesaikan semuanya di mahkamah selepas ini.

Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana

Baca: Syamsul Yusof Buat Pengakuan Sudah Bernikah Dengan Ira Kazar

Ira Kaza Syamsul Yusof 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.