in

“Bulan depan rakam muzik video”- Ira Kazar Bakal Lancar Single Baharu Berjudul ‘Tak Kisah’

Ft Ira Kazar Nak Keluarkan Single Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas isteri kepada pengarah Syamsyiul Yusof iaitu Ira Kazar menyatakan bahawa dia kini sudah lali dengan kecaman netizen sampai dah timbul rasa sikap tidak peduli tentangnya.

Bagi Ira, netizen mengecam disebabkan tidak tahu perkara sebenar dan hanya meninggalkan komen berdasarkan maklumat di media sosial tanpa kaji selidik.


Artikel berkaitan : “Nervous tu” – Ira Kazar Nyanyi Live ‘Jangan Kau Mimpi’ Curi Tumpuan Netizen

Artikel berkaitan : Syamsul & Ira Kazar Sah Cerai Talak 1, Wujud Perlanggaran Taklik Sebanyak 5 Kali

“Tidak mengapa, saya dah biasa kena kecam. Sebenarnya bagi saya kecaman itu perkara biasa sebab netizen hanya baca apa yang ada di media sosial.”

“Mereka tak tahu perkara sebenar, Tidak mengapa, terpulang apa orang nak cakap.”

Bagaimanapun, hatinya cukup terguris apabila bapanya iaitu pelakon, Kazar Saisi turut terkena tempias kemarahan netizen biarpun tidak melakukan apa-apa.

Screenshot 2024 10 29 210955

“Saya tak kisah orang nak cakap fasal saya, tapi bila orang kutuk ayah, memag saya sangat terkesan. Sedih jugalah tapi Alhamdulillah ayah pun sekarang dah okay.”

Dalam pada itu, Ira Kazar turut memberitahu yang dia bakal mengeluarkan single baharu berjudul Tak Kisah tidak lama lagi. Katanya, lagu itu melambangkan bahawa dia tidak peduli dengan perkara negatif yang berlaku kepada dirinya.

“Saya bakal keluarkan single tak lama lagi berjudul Tak Kisah. Insya-Allah bulan depan akan rakamkan muzik video. Tak Kisah sebab lantak lah apa orang nak kata.”

Untuk rekod, Ira dan Syamsul berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand dan mereka sah bercerai pada September lalu.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.