in

“Macam mana boleh terbang tinggi sangat?” – Ibu & Anak Kecil Mati Terhempas Lepas Belon Udara Panas Meletup Tiba-tiba

Collage 16

Ya Allah, ngerinya!

Seorang ibu dan anak yang naik belon udara panas di China telah mati lepas belon tersebut meletup ketika ia berada 10,000 kaki di udara!

Satu video yang dimuatnaik di salah satu media sosial cina, Weibo, menunjukkan seorang ibu dan anaknya yang masih bersekolah rendah dilihat duduk di dua tempat duduk berbeza yang disambung dari belon udara panas tersebut pada 1 Oktober lalu di Shandong, China.

Balloon
Sumber: weibo

Belon udara panas ni tak macam belon yang biasa korang tengok dengan bakul tu. Keseluruhan belon udara panas ni memang nampak sangat tak selamat dan macam hanya diperbuat dari batang besi dan tali je.

Belon udara panas ini kemudiannya membawa ibu dan anak ini ke udara dan ia telah mencecah ketinggian sehingga 10,000 kaki! Memang tak biasa eh untuk belon udara panas ni terbang tinggi macam tu. Selalunya 1,000 ke 3,000 kaki je.

Balloon2
Sumber: weibo

Menurut Outdoor Troop, tiba-tiba belon tersebut hilang dari pandangan dan dipercayai meletup kerana berada di altitud yang terlalu tinggi.

Ibu dan anak malang ini mula jatuh dan orang disekeliling hanya dapat tengok kengerian insiden ini bila ibu dan anak ini terhempas dan berkecai atas tanah. Allahuuuu

Balloon3
Sumber: weibo
Balloon4
Sumber: weibo

Pihak polis tempatan kemudiannya mengesahkan yang operasi belon udara panas tersebut tak disahkan membuatkan ianya salah di sisi undang-undang. Kes ini telah pun diklasifikasikan sebagai kes jenayah.

Pengurus lokasi tersebut mengatakan, walaupun insiden tersebut berlaku di kawasan tersebut, tanah itu dimiliki oleh syarikat lain. Sementara, operator belon udara panas ini telah digantung bekerja sementara tiket-tiket yang dah dibeli pengunjung dipulangkan semula.

Siasatan masih dijalankan.

Ya Allah ngerinya! Tak dapat nak bayangkan apa perasaan dorang masa tu. 

 

Baca: Budak Terjatuh Dari Ferris Wheel Funfair Perak Lepas Pintu Terbuka, Tak Sempat Selamatkan Sebab Brek Berkarat

Screenshot 2019 10 04 At 4.40.56 Pm