in

“Macam mana boleh masuk?” – Dua Minggu Mengadu Sakit Tapak Kaki, Bila Doktor Periksa Rupanya Rambut Di Kaki Budak!

Rambut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang doktor baru-baru ini mengalami satu pengalaman pelik sepanjang 12 tahun kariernya apabila terpaksa melakukan satu pembedahan kecil bagi mengeluarkan sehelai rambut yang termasuk ke dalam tapak kaki kanan seorang budak di Slim River.


Menurut Harian Metro, Pengasas Perkhidmatan Klinik Doktor Bergerak (DOCMOVE), Dr Hanafi Yahya berkata, perkara yang berlaku pada 11 September ini terjadi apabila dia didatangi sebuah keluarga dari Sungai Siput bersama seorang kanak-kanak berusia 8 tahun untuk menerima rawatan.

Kanak-kanak itu katanya mula berasa sakit pada malam pertama ketika keluarganya berpindah ke rumah baru.

“Selama dua minggu kanak-kanak itu mengadu sakit pada tapak kaki kanan menyebabkan ibu bapa kanak-kanak terbabit datang ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

“Saya dimaklumkan rambut yang terdapat pada tapak kaki kanak-kanak terbabit boleh bergerak menyebabkan saya berasa pelik memikirkan bagaimana sehelai rambut yang lembut dan halus boleh masuk ke dalam tapak kaki kanak-kanak terbabit,” kata Hanafi.

Rambut 1

Oleh hal demikian, beliau terpaksa melakukan pembedahan kecil dalam jangka masa lebih kurang 15 minit bagi mengeluarkan rambut sepanjang 1.5cm.

“Inilah pengalaman pertama dan pelik saya hadapi sepanjang karier saya terpaksa mengeluarkan sehelai rambut dalam tapak kaki manusia.

“Syukur selepas rambut itu dikeluarkan pada tapak kakinya, kanak-kanak terbabit sudah dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan normal kembali,” katanya.

Rambut 2

Hanafi sehingga kini masih tertanya-tanya tentang kejadian tersebut dan baginya apa yang berlaku adalah kuasa Tuhan.

Pelik juga ye rambut termasuk dalam kaki. Takut! 

Baca: [VIDEO] Polis Pelik Mitsubishi Triton Kemalangan Tapi Pemandu Hilangkan Diri, Bila Buat Pemeriksaan Rupanya...

Mit

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.