in

“Macam-macam genre ada”- 8 K-Drama Terbaru Tahun 2022 Yang Wajib Anda Tonton Sampai Episod Akhir

F3 Dkt2022

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, tahun 2022 bakal melabuhkan tirainya. Namun, Korea Selatan nampaknya masih ada banyak lagi dram-drama terbaru untuk tontonan kita semua yang menjadi peminat setia mereka.


Jadi, kali ini kami nak rekomen lapan K-Drama terbaru tahun 2022 yang perlu korang tengok sampai episod akhir sebab plot dan barisan pelakonnya memang gempak gila!

#1 Big Mouth 

Dah lama rasanya kita tak tengok Lee Jong-Suk tampil dengan drama terbaru kan. Ha, say no more sebab drama Big Mouth ini menampilnya bersama Lim Yoon-A (SNSD) yang memegang watak sebagai isterinya.

9 1

Lee Jong-Suk (Park Chang-Ho) ialah seorang peguam dan dia merupakan seorang yang banyak mulut dan sebab itulah ramai yang menggelarnya Big Mouth.

Dia tiba-tiba disyaki adalah seorang penipu genius yang digelar Big Mouse, jadi isterinya cuba untuk mencari tahu hal sebenar untuk membersihkan nama suaminya.

#2 Today’s Webtoon 

Peminat drama Business Proposal yang dah mula rindukan lakonan Kim Sejeong boleh la layan drama ini pula.

Ia mengisahkan On Ma-Eum (Kim Se-Jeong) yang sebelum ini pernah menjadi atlet judo namun sebuah kecederaan memaksanya untuk menhentikan kariernya dalam bidang sukan.

Dia kemudiannya memulakan kerjaya baru sebagai editor webtoon. Kiranya drama ni banyak tunjuk pasal komitmen watak utama pada pekerjaannya.

#3 Extraordinary Attorney Woo 

Rasanya senarai drama ini tak akan lengkap kalau min tak kongsikan tentang drama Korea yang tengah hot sekarang ni iaitu Extraordinary Attorney Woo.

Plot drama ini berkisar tentang seorang peguam autistik pertama di Korea yang memulakan kerjayanya di sebuah firma guaman terkenal di negara itu.

Drama ini bukan sahaja ada unsur-unsur undang-undang sebab setiap episod akan memaparkan kes yang berbeza-beza, namun ia turut menyelitkan elemen romantik di mana kita boleh lihat bahawa golongan autisme juga berhak mendapatkan cinta.

Tinggal dua episod je lagi tau drama ni di Netflix, tak sabar nak tengok kesudahannya!

#4 Welcome to Wedding Hell 

Drama 12 episod yang juga ditayangkan di Netflix ini pula berkisar tentang cabaran atau suka duka pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan.

 

Jangan ingat orang Korea takde dugaan bertunang macam orang Melayu tau.

Pening kepala bakal pengantin perempuan sebab kena hadap perangai mak mentuanya. Nak tahu adakah pasangan watak utama dalam drama berjaya ke jinjang pelamin atau tidak, kena la tengok sendiri sampai ke akhir episod.

#5 Shooting Stars 

Drama yang menampilkan Lee Sung-Kyung dan Kim Young-Dae ini mengisahkan tentang seorang pegawai perhubungan awam atau PR yang bekerja di sebuah syarikat pengurusan artis.

Dia perlu menguruskan krisis-krisis yang timbul melibatkan artis yang bernaung di bawah syarikat tersebut.

Namun, tiba-tiba seorang pelakon jatuh hati padanya walaupun mereka sering bergaduh dan tak sehaluan pendapat.

Memang wajib ditonton kalau korang minat drama komedi romantik sebab banyak babak-babak yang akan buat korang pecah perut gelak.

#6 Link: Eat, Love and Kill 

Drama 16 episod ini pula menampilkan Mun Ka-Young dan Yeo Jin-Goo dan kisah bermula pada 20 tahun dahulu apabila adik kembar Eun Gye-Hoon hilang dan sampai sekarang masih belum diketahui keberadaanya.

12

Eun Gye-Hoon pula mengambil keputusan untuk membuka restoran di lokasi adiknya menghilangkan diri.

Satu hari, dia tiba-tiba boleh merasakan perasaan yang dirasi oleh gadis bernama No Da-Hyun.

Kalau nak tahu apa kaitan mereka berdua, pastikan anda tonton sampai habis tau.

#7 Anna 

Dilakonkan oleh Bae Suzy sebagai Anna, drama mengenai penipuan seorang wanita untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi wanita kaya.

10

Tonton dulu trailer ni kalau nak tengok sneak peak drama ni sebelum tonton kesemua enam episod.

#8 Little Women 

Tak sabar betul nak tunggu drama yang dilakonkan oleh tiga orang aktres berbakat ini iaitu Nam Ji-Hyun, Kim Go-Eun dan Park Ji Hoo.

Dalam drama Little Women ini, ketiga-tiga mereka merupakan adik beradik dan apa yang menariknya, drama ini diadaptasi daripada novel dan filem terkenal Inggeris iaitu Little Women.

11

Walaupun latar masa plot novel tersebut adalah pada tahun 1800, namun untuk drama Korea ini, ada beberapa perubahan sedikit dan ia berkisar tentang kehidupan tiga beradik pada zaman moden kini.

Ia bakal mula ditayangkan pada 27 Ogos ini tau, jadi jangan lupa untuk tontonnya nanti.

Drama Korea mana yang korang dah tengok? Ke ada drama lain yang min terlepas pandang? Boleh share la dekat ruangan komen ya. 

Baca: Selain Saranghae Oppa, Ini 10 Perkataan Korea Yang Selalu Kita Dengar Dalam K-Drama

8

Sumber: Asian Wiki
Sumber: Asian Wiki
Sumber: Asian Wiki
Sumber: Asian Wiki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.