in

Selain Saranghae Oppa, Ini 10 Perkataan Korea Yang Selalu Kita Dengar Dalam K-Drama

F3 Pk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat K-Drama, Running-Man atau K-Pop yang dah lama meminati industri hiburan negara tu mesti sedikit sebanyak dah faham atau familliar dengan beberapa perkataan yang sering diutarakan terutamanya dalam drama mereka.


Oleh itu, kali ini kami nak kongsikan dengan anda semua 10 perkataan selain saranghae dan Annyeonghaseyo yang dijamin kebanyakan peminat drama Korea tahu dan faham.

#1 Bae-go-pah?/ 배고파?

Perkataan ini bermaksud adakah awak lapar dan kita sering dengar ia diutarakan oleh watak utama lelaki kepada pasangannya.

Ini kerana drama dari negara itu sering menunjukkan babak di mana mereka makan. Kita yang tengok ni pun terliur sama kan.

#2 Jo-ah-hae/  좋아해

Frasa ini pula memberi makna saya suka awak. Kalau ada babak di mana watak utama confess dekat lelaki atau perempuan yang dia suka tapi cinta ditolak, dengan kita-kita sekali yang frust dan rasakan kekecewaan tu.

#3 Gwen-cha-na/괜찮아

Yang ini pula bermaksud okay dan boleh juga digunakan untuk bertanya “Adakah awak okey?”

#4 Mi-ahn-hae/ 미안해

Ha, kalau watak utama tu nak minta maaf dengan kawan atau kekasih mereka, confirm diorang akan guna ayat ni supaya kesalahan dimaafkan.

Mungkin korang boleh try cakap macam ni dekat gf atau bf korang jugak, mana la tahu dorang lembut hati ke kan.

#5 Jae-bal/제발

Perkataan yang bermaksud tolong ini pula sering digunakan jika seseorang watak tu mahu meminta pertolongan kepada rakan-rakannya.

Namun, jae-bal ini membawa tona suara yang agak terdesak dan ia dianggap tak begitu sopan jika digunakan ketika bercakap dengan orang yang lebih tua.

#6 Sunbae/선배

Perkataan sunbae ini bermakna senior dan ia sering digunakan untuk merujuk kepada senior tempat kerja atau universiti yang lebih lama bekerja atau belajar di situ daripada kita.

Manakala hoobae pula ialah junior dan digunakan dalam konteks yang hampir sama seperti sunbae.

#7 Nam-ja-chin-goo/남자친구

Teman lelaki dalam bahasa Korea dipanggil nam-ja-chin-goo manakala teman wanita pula ialah yu-ja-chin-goo atau 여자친구.

Pk 3

Ha, korang dah ada nam-ja-chin-goo ke belum ni? 

#8 Jal-ja/잘자

Kalau korang nak ucapkan selamat malam pada kawan atau boyfriend korang, boleh la cuba guna perkataan Korea yang bermaksud sleep well atau selamat malam ini.

Mesti berbunga-bunga hati dorang nanti kan.

#9 Heng-bok-hae/ 행복해

Tak tahu macam mana nak cakap korang bahagia dalam bahasa Korea? Jangan risau, guna je frasa yang bermaksud saya bahagia ini.

#10 Yak-sohk-hae/ 약속해

Perkataan Korea ini pula membawa makna janji dengan saya. So, lepas ni, kalau nak berjanji dengan member tu, boleh la try cakap dalam bahasa Korea ini pula.

Nak belajar banyak lagi bahasa Korea? Boleh tengok video YouTube ni pula.

Perkataan Korea mana yang selalu korang dengar dan guna? Cuba share sikit dengan team Lobak Merah dekat ruangan komen. 

Sumber: Soompi 

Baca: Pengawal Belajar 7 Bahasa Supaya Senang Nak Sembang Dengan Pelancong 

Pk 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.