in

“Macam filem Narnia” – Almari Pakaian Wanita Ini Ada Pintu Rahsia, Tak Sangka Ada Bilik Mandi Di Sebaliknya

F4 Secret Bthroom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita selalu tengok filem Barat, kebanyakan rumah dalam filem tu ada bilik rahsia di bawah tanah yang digunakan sebagai tempat persembunyian kalau-kalau ada yang pecah masuk rumah mereka. Pintu untuk ke bilik ni pula susah nak jumpa sebab ia selalunya berada di tempat yang tak disangka macam di belakang rak buku.



Nampaknya, rekaan rumah seumpama ini bukan hanya terkenal di negara Barat sebab baru-baru ini, seorang wanita dipercayai di Indonesia telah berkongsi sebuah pintu rahsia yang terdapat dalam almari pakaiannya.

@bundadariputri

siapa yg punya pintu ajaib dikamar seperti rumahku #SELALUADAHARAPAN #xyzbca #fypp #SausageMan #rumahkuistanaku❤️

♬ original sound – tiwas_jero – 🆃🅸🆆🅰🆂_🅹🅴🆁🅾

Menurut Suara.com, video itu pada mulanya dikongsikan oleh akaun TikTok bundadariputri sebelum mula tular di Instagram. Dalam video tu, boleh dilihat yang dari luar, pintu berwarna biru tu nampak macam almari biasa.

Namun, bila dibuka, sebenarnya ada pintu rahsia di sebalik pintu almari itu. Difahamkan, pintu rahsia tu sebenarnya merupakan pintu sebuah bilik air yang lengkap dengan tab mandi dan alat pemanas air.

Secret Br 2

Walau bagaimanapun, gadis itu mengatakan dia hanya akan buka pintu tu setahun sekali je sebab dia tak begitu suka dengan keadaan bath tub yang dah berkarat tu. Disebabkan tandas tu dah tak digunakan, wanita itu juga meminta pendapat netizen apa yang sepatutnya dia buat dengan ruang tersebut.

Secret Br 3

Ada netizen yang kata lebih baik ruang rahsia tu ditukar menjadi ruang penyimpanan barang berharga je sebab baru lah sesuai dengan konsep bilik rahsia kan.

Macam filem Narnia dah pintu rahsia dalam almari ni. Teringin jugak nak ada pintu rahsia kat rumah sebab macam cool je kan. 

Sumber: Suara.com

Baca: Rumah Sewa Macam Filem Parasite, Penuh CCTV & Ada Bilik Rahsia Bawah Tanah

Secret Br

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.