in

Rumah Sewa Macam Filem Parasite, Penuh CCTV & Ada Bilik Rahsia Bawah Tanah

Cats 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa pernah tonton filem Parasite? Filem Parasite berkisarkan sebuah keluarga kaya yang menetap di rumah agam bersama orang gajinya. Di rumah ini, ada sebuah bilik rahsia bawah tanah yang didiami oleh keluarga orang gaji tanpa pengetahuan pemilik rumah.


Seperti filem Parasite, seorang wanita di Los Angeles terkejut apabila menemui sebuah pintu rahsia yang menghubungkan ke bilik bawah tanah di rumah sewanya. Menurut wanita itu, rumah itu baru disewa bersama pasangannya.

1 2

2

Wanita tersebut (@vtmegs) baru sahaja berpindah dari San Francisco ke Los Angeles, dan memilih untuk menyewa rumah itu selepas membuat pemeriksaan selama 20 minit.

Namun selepas bersetuju untuk menyewa rumah itu, pasangan ini terjumpa sesuatu yang mereka tidak perasan semasa lawatan pertama. Ada pintu di bahagian lantai di dalam sebuah bilik berkunci!

“Kami pelik kenapa ada pintu berkunci sedangkan ia hanya almari. Kami terkejut apabila bilik tersebut ada pintu di bahagian lantai”

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan tangga yang menghubungkan ke sebuah bilik gelap selepas mereka membuka pintu di lantai.

@vtmegs

WTF is this?? Literally my nightmare… #creepy #creepytiktok #scary #fyp #scared #nope #haunted #hauntedtiktok #foryou #foryoupage #sketch

♬ original sound – VTMegs

Lebih menyeramkan, rumah tersebut dipenuhi dengan kemera litar tertutup di sekitar rumah dan selepas diperiksa, wayar kamera tersebut datang daripada sebuah closet di rumah sama.

@vtmegs

More weird stuff in the new house…. ? #sketch #hauntedtiktok #murderhouse #nope #scared #creepy #creepytiktok #truecrime #fyp

♬ original sound – VTMegs

Rata-rata netizen yang menonton video TikTok wanita ini beranggapan rumah ini mempunyai kisah misteri.

Fuh…dah macam filem Parasite pun ada.

BACADigelar Kondominium Tercantik Di Dunia, Ini Kisah ‘The Interlace’ Di Singapura

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.