in ,

“Macam bagi kucing makan” – Ibu Sedih Tadika Bagi Anak Makan Dalam Talam, Nasi Sedikit & 2 Ketul Ayam Berkongsi 6 Budak?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi ibu bapa yang bekerja, apa lagi pilihan yang korang ada selain meletakkan anak korang di bawah jagaan pengasuh ataupun taska dan tadika kan?


Demi memastikan anak korang dijaga dalam keadaan baik dan sihat walafiat, sudah pastinya korang sanggup bayar caj pengasuh dan pusat jagaan dengan harga yang mahal. Besar oi pengorbanan ibu ayah yang cari rezeki untuk anak ni… 

 

“Kita mengharapkan anak kita dijaga dengan baik… tapi sebaliknya berlaku” 

Namun apa perasaan korang kalau anak korang diperlakukan seperti seekor kucing? Makan pun dalam talam dan katanya dua ketul ayam bahagian leher dikongsi dengan 6 orang budak. Uish gila ke apa ni?

Perkara inilah yang dikongsikan oleh ibu kepada seorang anak yang diletakkan dekat sebuah tadika yang tidak dinyatakan lokasinya. Berikut perkongsiannya di Facebook.

Sumber: Facebook

 

“Gamak tu bagi anak orang makan macam bagi kucing makan. Allah la sedih tengok”

Posting yang viral ni kemudian dikongsikan ke Twitter, yang mana ia mendapat cemuhan dahsyat daripada warga Twitter pulak. Rata-rata netizen memang sedih melihat cara anak-anak ini diberi makan.

Sudah macam rupa bagi kucing makan pulak. Kalau bayar tadika macam ni mahal-mahal, memang tak patut sungguh mereka beri kanak-kanak macam ni makan.

Sumber: Twitter

Meskipun tak diketahui kat mana lokasi tadika ni, admin harap ibu bapa kat luar sana alert lah dengan keadaan anak-anak kalau mereka ada mengadu makanan tak sedap ke ataupun apa-apa yang buat mereka rasa tak selesa dengan tadika yang mereka pergi.

Spotcheck mengejut yang dibuat ibu bapa ni bagus juga sebab pihak taska akan alert dengan tahap servis yang mereka berikan kepada budak-budak.

Harap-harap tadika yang berkenaan ubahlah menu makanan yang mereka beri kepada anak-anak ni. Kesian sangat aih min tengok. 

Baca: “Dahlah hantar anak pergi tadika Islam” – Netizen ‘Sound’ Bapa Gatal Ambil Gambar Cikgu Tadika, Jadikan Bahan Sexual Harassment

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.