Dengan sebanyak lebih 8 juta spesis hidupan yang terdapat di muka bumi, memang tak mustahil ramai yang tak pernah tahu atau tak pernah tengok semuanya. Kalau korang nak tengok sebanyak 8 juta gambar haiwan yang wujud di dunia, ia akan ambil korang masa lapan tahun untuk habiskan, itu pun kalau korang tak berhenti untuk makan atau tidur.
Disebabkan ini, dekat bawah ni adalah beberapa senarai antara haiwan yang paling pelik ada di dunia, bila korang tengok gambar-gambar dekat bawah ni mesti korang tak sangka yang dorang ni wujud dan hidup dalam planet yang sama dengan kita. Macam alien pun ada gak!
1. Rama-rama poodle Venezuela
Ditemui di Venezuela pada tahun 2009, spesis baru yang kelihatan seperti rama-rama alien ini mempunyai bulu seperti anjing jenis poodle yang melitupi kepala, toraks, badan dan sayapnya. Comelkan?
2. Naga biru
Glaucus Atlanticus atau dikenali sebagai naga biru ini merupakan makhluk dari spesis lintah bulan dari laut biru. Korang boleh jumpa si naga biru ni dalam air laut yang suam di mana ia akan timbul di permukaan kerana karung berisi gas di dalam perutnya.
3. Dumbo octopus
Dumbo octupos ini adalah sotong yang ditemui di serata dunia. Namanya ini diambil dari filem Disney “Dumbo” kerana telinganya yang menyerupai karakter di dalam filem tersebut.
4. Irrawaddy Dolphin
Irrawaddy Dolphin merupakan ikan lumba-lumba yang boleh ditemui di Teluk Benggala dan Asia Tenggara. Apa yang paling pelik korang boleh tengok pada ikan lumba-lumba ni adalah kepalanya yang bulat dan tak ada paruh.
5. Batfish bibir merah
Ditemui di Pulau Galapagos, ikan ini sangat tak reti berenang, ia akan menggunakan siripnya untuk berjalan di dasar lautan.
6. Katak kaca
Ditemui di Amerika Selatan, katak kaca ini merupakan keluarga amfibia yang memiliki bentuk yang luar biasa iaitu perut lut sinar. Ekoran korang boleh tengok dalam badannya, ia diberikan nama katak kaca.
7. Semut panda
Walaupun namanya adalah semut panda, serangga ini merupakan sejenis tebuan tanpa sayap. Ia juga dikenali sebagai pembunuh lembu. Ia boleh hidup dalam jangka masa 2 tahun.
8. Babi laut
Walaupun namanya adalah babi laut, haiwan ni tak ada kaitan langsung dengan babi, ia merupakan sejenis gamat yang tinggal di dasar lautan dalam. Babi laut ini akan makan bangkai-bangkai haiwan atau tanaman yang ditemui di dalam lumpur.
9. Tikus tanah hidung bintang
Tikus tanah kecil ini boleh ditemui di kawasan basah di Amerika Utara. Tikus ini senang dikenali melalui muncungnya yang digunakan sebagai organ sentuhan dengan reseptor deria lebih 25,000 minit. Dinamakan organ Eimer, reseptornya ini boleh mengesan gelombang seismik.
10. Blobfish
Blobfish ialah ikan laut dalam yang mendiami perairan Australia dan Tasmania, New Zealand. Badan ikan blobfish ini adalah jisim agar-agar dengan ketumpatan kurang sedikit daripada air dan ini membolehkan ia terapung di atas dasar laut tanpa menggunakan tenaga untuk berenang.
Rupanya yang dilihat seperti di dalam gambar dekat atas ini hanya berlaku apabila ia diambil keluar dari laut dan tekanan berubah dengan drastik. Yelah, tengah sedap-sedap terapung lepastu orang angkat, mahu tak marah?
11. Jerung goblin
Jerung yang sangat jarang ditemui ini kadang-kadang dipanggil sebagai fosil hidup. Ia tinggal di lautan yang kedalamannya lebih 330 kaki. Ekoran ini, jerung goblin ini tidak membahayakan manusia.
Mana satu yang paling pelik untuk korang? Ke semua?
Baca: 10 Haiwan Paling Banyak Membunuh Manusia Mengikut Turutan, No 1 Paling Tak ‘Expect’!