in

10 Haiwan Paling Banyak Membunuh Manusia Mengikut Turutan, No 1 Paling Tak ‘Expect’!

Collage 22

Haiwan wujud di sekeliling kita, disebabkan ini mungkin ada di antara korang yang ambil mudah dan tak terfikir pun sebahagian daripadanya memang sangat berbahaya sehingga boleh membawa maut.

Dalam artikel kali ini, kita akan tengok haiwan mana yang paling banyak menyebabkan kematian manusia mengikut turutan. Mungkin ada dalam senarai ni yang korang memang dah expect ada tapi ada jugak yang truly unexpected!

10. Jerung

230711154800 01 Card Shark Attack Capitals

Bila korang tengok filem, biasanya jerung akan ditunjukkan sebagai haiwan yang sangat agresif dan boleh membunuh apa-apa sahaja yang bergerak termasuk manusia.

Tapi di seluruh dunia, serangan jerung terhadap manusia ini hanya beberapa ratus sahaja yang berlaku dan puratanya hanya enam ke tujuh manusia yang mati setiap tahun disebabkan serangan jerung.

Spesis jerung dengan peratusan yang tinggi akan menyebabkan kematian adalah great white shark, bull shark dan tiger shark.

Untuk pengetahuan korang, sebanyak 375 spesis jerung telah dikenalpasti, tapi hanya 12 daripada spesis ini dianggap berbahaya.

Gigitan biasa dari jerung boleh menyebabkan tekanan seberat 18,000 kg setiap inci persegi, tapi risiko untuk korang diserang dan dibunuh oleh jerung adalah 1 dari 3.5 juta.

Jerung dilabel sebagai haiwan berbahaya tapi hakikatnya jerung adalah mangsa sebenar. Sebanyak berjuta-juta jerung dibunuh setiap tahun kerana siripnya.

9. Gajah

Elephant 1024X691 1

Biasanya kita anggap gajah sebagai haiwan yang bijak dan peramah. Haiwan ini juga telah menjadi tarikan utama persembahan sarkas selama bertahun-tahun.

Gajah berupaya untuk menghiburkan manusia kerana kebijakkannya serta struktur sosialnya. Namun begitu, statusnya sebagai haiwan darat terbesar menandakan yang beratnya ini juga merupakan senjatanya.

Gajah yang dibela boleh bertindak ganas ekoran perasaan marah manakala gajah liar pula sangat menjaga kawasannya dan ahli keluarganya.

Secara purata, sebanyak 500 orang setiap tahun telah dibunuh oleh haiwan ini. Sama ada dipijak, dibaling atau dihempap.

8. Badak air

Gettyimages 487217008 E2073B9 Scaled

Badak air merupakan haiwan darat ketiga terbesar di belakang gajah dan badak sumbu. Setiap tahun, mereka bertanggungjawab ke atas kematian 500 manusia.

Badak air ini terkenal dengan sifatnya yang ganas dan sangat-sangat menjaga kawasannya. Haiwan ini telah menyerang banyak bot yang cuba menceroboh habitatnya dan menyerang manusia dengan menggunakan gigi tajam yang boleh tumbuh sepanjang 20 inci.

Selain itu, badak air juga boleh menghempap mangsanya ke dalam air sehingga lemas.

7. Lalat

Shutterstock 1157378257

Lalat terutamanya jenis tsetse adalah antara haiwan yang paling membawa maut di seluruh dunia. Bukan sebab gigitannya boleh membunuh tapi jangkitan yang dibawanya.

Lalat tsetse ini tinggal di kawasan tropika di Afrika dan gigitan dari serangga ini akan menjangkiti mangsanya dengan sejenis parasit yang menyebabkan penyakit tidur Afrika.

Penyakit tidur Afrika ini merupakan penyakit yang sukar dirawat lebih-lebih lagi disebabkan kekurangan sumber perubatan di kawasan tersebut. Tanpa rawatan, penyakit ini boleh menyebabkan kematian.

Disebabkan kawasan ini terpencil dan kurang maklumat, dijangkakan sebanyak 500,000 kematian telah berlaku namun begitu, sumber yang lebih dipercayai mengatakan sebanyak 10,000 orang mati setiap tahun kerana gigitan lalat tsetse ini.

6. Kissing bugs

5Cc1B759B14Bf454771D6Ba8

Pepijat pembunuh ialah nama kolektif yang digunakan untuk merujuk kepada lebih 150 spesis serangga yang mempunyai jenis proboscis melengkung tertentu. Proboscis ini digunakan sebagai alat untuk mempertahankan diri serta memburu.

Serangga ini akan menyerang tisu di sekitar mulut manusia kerana ini ia dipanggil sebagai kissing bug. Serangga yang boleh ditemui di seluruh dunia ini tidak membahayakan manusia selain gigitannya yang menyakitkan.

Pun begitu, beberapa spesis yang tinggal di bahagian tengah dan selatan Amerika ini boleh menyebarkan penyakit yang dipanggil Chagas.

Walaupun tanpa perubatan, kadar kematian dari penyakit Chagas ini rendah namun begitu, jangkitan ini telah menyebabkan kematian sebanyak 12,000 ke 15,000 setiap tahun akibat dari kegagalan organ disebabkan oleh jangkitan parasit ini.

5. Buaya

08Tb Crocodile Tears Videosixteenbynine3000 Scaled

Buaya bertanggungjawab untuk kematian di antara 1,000 ke 5,000 setiap tahun. Buaya merupakan salah satu haiwan terbesar, terganas dan berbahaya di dunia.

Haiwan ini mempunyai gigitan yang sangat-sangat kuat serta boleh bergerak dengan kelajuan 25 meter sejam. Buaya juga merupakan satu-satunya haiwan di dalam senarai ini yang aktif memburu manusia.

4. Siput laut

Nassarius Vibex Snail

Siput laut bawa penyakit yang membunuh ramai manusia. Menurut WHO, beberapa juta orang telah didiagnos oleh jangkitan parasit yang dipanggil schistosomiasis setiap tahun dan di antara 20,000 ke 200,000 dari kes ini telah membawa maut.

Schistosomiasis menyebabkan sakit di bahagian perut dan darah di dalam air kencing, tapi penyakit ini tidak membawa maut di negara-negara yang membangun.

3. Anjing/Serigala

Image 79721 800

Serangan anjing telah menyebabkan sebanyak 30-50 kematian di Amerika Syarikat sahaja. Kebanyakan serangan ini adalah daripada satu anjing yang kebiasaannya milik keluarga atau jiran manakala yang lain adalah dari sekumpulan anjing.

Selain kematian disebabkan oleh serangan anjing, banyak juga kematian yang direkodkan disebabkan oleh penyakit anjing gila. Di Malaysia, penyakit anjing gila ini biasanya menyerang penduduk di Sarawak di mana sebanyak 11 kes dilaporkan tahun ini dari Januari sehingga Mei tahun ini.

2. Ular

Be4E4Fd1Bcb87D92F342F6E3E3E1D9E2 Xl

Ular telah menyebabkan sebanyak lebih 100,000 kematian setahun. Ini disebabkan oleh kekurangan antivenom di seluruh dunia serta tempat terpencil yang menjadi habitat kepada spesis ular paling berbisa.

Biasanya, ramai orang takut dengan ular-ular besar seperti boa atau ular sawa, tapi ular yang menyebabkan banyak kematian adalah ular bersisik berbisa India yang hanya berukuran sepanjang tiga kaki.

Ular jenis ini biasanya tinggal di Afrika, negara timur tengah dan India.

1. Nyamuk

Mosquito Bite

Nyamuk merupakan haiwan paling berbahaya dan membawa maut di dunia dan juga yang paling kecil. Ini kerana, nyamuk telah menyebabkan kematian sebanyak 750,000 ke satu juta manusia setiap tahun.

Nyamuk merupakan penyumbang kepada pelbagai penyakit termasuk malaria, denggi dan Zika. Malaria sahaja telah membunuh lebih setengah juta orang setiap tahun.

Beberapa saintis menjangkakan separuh daripada kematian manusia dari zaman Adam lagi adalah disebabkan oleh penyakit berjangkit yang dibawa oleh nyamuk. Dahsyat betul!

Sumber: AZ Animals

 

Baca: 5 Pulau Yang Hanya Didiami Oleh Haiwan, 3 & 4 Tu Tak Boleh Dilawati

Pulau Haiwan 758X421 1