in

“Lutut menggigil tengok paras air” – Wanita Kongsi Detik Cemas Murid Sekolah Diselamatkan Dari Terperangkap Banjir

selamatkan murid sekolah terperangkap banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa daerah di negeri Johor dilanda banjir buruk susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari ini.

Menerusi laporan Berita Harian, jumlah mangsa banjir meningkat melebihi 10,000 orang setakat jam 8 pagi tadi.


Artikel berkaitan: Mangsa Banjir Di Johor Meningkat Melebihi 10,000 Orang, JB Daerah Paling Teruk Terjejas

Artikel berkaitan: Cirit-birit Selama 5 Hari, Khairul Aming Alami Jangkitan E. Coli Semasa Buat Bantuan Banjir

Detik cemas selamatkan pelajar sekolah terperangkap banjir

Banjir yang melanda di beberapa tempat di Johor Bahru telah mengejutkan orang ramai kerana tidak menyangka kawasan di sini juga boleh dinaiki air.

Seorang wanita berkongsi detik cemas apabila pertama kali berhadapan situasi banjir di sebuah sekolah di Johor Bahru dalam kejadian pada Khamis.

Screenshot 2025 03 21 161130

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, seorang wanita dalam perjalanan untuk mengambil anak perempuannya di sekolah selepas guru memaklumkan sesi persekolahan terpaksa ditamatkan awal kerana banjir.

Kongsinya, dia yang terpaksa berhadapan jalan sesak, berasa cemas apabila dimaklumkan air naik begitu cepat dan semakin deras di kawasan sekolah anaknya.

“Ummi masih stuck jem lagi ke sekolah anak tapi lutut dah menggigil tengok paras air macam tu dengan derasnya Ya Allah!

“Nangis dalam kereta sebab tak mampu buat apa-apa,” tulisnya.

Setelah sampai di sekolah anaknya, ibu bapa dimaklumkan murid-murid akan dibawa keluar meredah banjir dengan bantuan guru menggunakan gabus (kotak styrofoam).

“Sebak ummi tengok keadaan sekolah, sedihnya air tinggi paras dada orang dewasa… Ya Allah.

“Dari jauh ummi nampak ustaz-ustaz dengan pelajar lelaki sekolah menengah sedang berusaha keluarkan semua pelajar.”

@ameerahanyamer

20/3/2025 johor bahru banjir. pengalaman pertama rasa paniknya bila banjir.. masyaAllah Alhamdulilah Allah lindungi semua pelajar dan guru2 semua selamat. Semoga Allah beri ganjaran dlm kita bersabar menghadapi ujiannya. Amin. #jbbanjir2025 #jb

♬ suara asli – putra Altaf 💫 – putra Altaf 💫

Dapat dilihat dalam video itu, anaknya bersama beberapa orang murid duduk di atas gabus sambil dipegang beberapa orang guru lelaki untuk dibawa ke tempat yang lebih tinggi.

Difahamkan, semua murid di sekolah telah berjaya diselamatkan. Dalam pada itu, dia mengucapkan terima kasih kepada warga pendidik yang bertungkus lumus menyelamatkan anak murid.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.