in

“Loose powder mahal buk” – MUA Terkejut Makcik Ni Selamba Ambil Bedak Pengantin Sampai Nak Habis!

Loose Powder Mua Diambil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi tanggungjawab make up artist atau lebih dikenali sebagai MUA untuk menata rias wajah pengantin menjadi berseri-seri di hari pernikahan serta persandingan mereka.


Walau bagaimanapun, banyak sudah kisah yang kita dengar mengenai ahli keluarga pengantin yang suka campur tangan ketika MUA sedang menyiapkan pengantin.

Tapi kisah yang dikongsikan oleh MUA yang juga pengguna TikTok @iisyunerli08 dari Indonesia ini lain daripada lain sikit dan boleh bikin korang geram tau.

 

“Lagi makeupin tiba-tiba ada ibu-ibu minta bedak pengantin” 

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pemilik video ini sedang menyiapkan make up pengantin sebelum dia kemudian didatangi oleh ‘ibu-ibu’ yang meminta loose powder yang digunakannya untuk pengantin.

Dengan hati yang berat, MUA tersebut terpaksa memberikannya kepada makcik terbabit tetapi apa yang membuatkan dia bertambah terkejut adalah apabila makcik berkenaan menuang lebih separuh bedak tersebut di atas kertas yang dipegangnya. Uish banyak tuuu! 

@iisyunerli08

Kira2 buat apa yah ..? ada yg tau? Klo di daerah kalian ada tradisi gini jg gak ?

♬ suara asli – Iis Yunerli – Iis Yunerli

 

“Terkejut mak andam tengok banyak dia ambil” 

Rata-rata netizen yang melihat video itu ternyata merasa sangat geram kerana loose powder yang diambil makcik berkenaan sangat mahal harganya dan pasti ia mendatangkan kerugian kepada MUA tersebut.

Harga

 

“Petua pergi kenduri minta mak andam bedak pengantin sikit” 

Walau bagaimanapun, menerusi kapsyen video tersebut dan juga komen daripada netizen, ramai yang mengatakan mengambil sedikit bedak daripada mak andam itu merupakan salah satu tradisi atau kepercayaan sesetengah individu.

Menurut netizen, ada yang mengatakan bedak itu digunakan untuk rawatan mistik dan ada juga yang cakap untuk sembuhkan penyakit.

Beak Mahal

Sebaiknya sebelum nak minta bedak tu, korang tanyalah dulu MUA tu boleh ke tak. Tapi min rasa tradisi minta bedak ni macam syikin sikit, sebaiknya elakkanlah. Kesian MUA tu rugi. 

Baca: “Lain terus muka” – Lihat Transformasi Wajah Nenek Ini Lepas Disolek MUA, Auto Muda!

Mistis

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.