in

#LobakMerahTOP5: Rangkuman Kisah Paling Viral & Sensasi Minggu Ini, Korang Dah Baca Belum?

collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hari mesti ada je kan cerita-cerita viral yang berlaku di Malaysia sampai kadang-kadang susah betul kita nak ikuti semua. Tapi pada masa yang sama kita pun tak naklah terlepas isu-isu semasa yang tengah berlaku sekarang ni kan?

Jadi macam biasa, #LobakMerahTOP5 akan senaraikan berita-berita hangat, sensasi dan viral yang berlaku pada minggu ini supaya korang sentiasa up-to-date dengan isu semasa yang berlaku di Malaysia sekarang.


1. Kes bunuh Nur Farah Kartini

farah kartini2

Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah di Felda Gedangsa, Hulu Selangor pada jam 6 Petang, 15 Julai lalu.

Nur Farah Kartini sebelum ini dilaporkan hilang pada 10 Julai di mana lokasi terakhir dia dilihat adalah di kawasan Taman Universiti, Tanjung Malim ketika gadis ini menghantar sebuah kereta sewa kepada pelanggannya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Khan kemudiannya mengesahkan mayat yang ditemui di ladang kelapa sawit pada 15 Julai merupakan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Mangsa dipercayai telah dibunuh oleh individu yang dikenalinya dan seorang suspek yang juga merupakan pegawai polis berpangkat Lans Koperal berusia 26 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan.

Datuk Hussein berkata punca kematian Nur Farah Kartini masih belum dapat disahkan kerana keadaan mayat mangsa yang telah reput di bahagian dada dan muka. Pihak Pakar Patalogi Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat.

Siasatan kes ini masih lagi diteruskan di bawah akta Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel berkaitan: Kronologi Penuh Kes Kehilangan & Pembunuhan Nur Farah Kartini Setakat Ini

2. Dua remaja perempuan tenggelam ketika mandi air terjun di Sulawesi

tangkapan layar video detik detik 2 remaja putri tenggelam di air terjun jami maros 169

Dua remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan mati lemas ketika sedang berenang dekat Air Terjun Jami, Kabupaten Maros di Sulawesi Selatan, Indonesia.

Detik-detik kejadian itu berlaku juga difahamkan sempat dirakam oleh rakan mangsa yang mana videonya kini tular di laman X.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pada awalnya tujuh orang remaja sedang berenang dan berpegangan tangan membentuk bulatan berdekatan dengan air terjun.

Mereka juga dilihat sedang gembira dan ketawa sebelum ketujuh-tujuhnya dilihat cuba untuk berbaring di atas air sambil berpegangan tangan.

Namun pada saat itu, pegangan masing-masing terlepas hingga menyebabkan mangsa dilihat menghadapi kesukaran untuk berenang dan tenggelam.

Malangnya, kedua-dua mangsa tidak berjaya diselamatkan dan ditemui meninggal dunia pada Sabtu pagi lepas.

Artikel berkaitan: Seram! Tular Video 2 Remaja Perempuan Tenggelam Ketika Mandi Air Terjun Di Sulawesi Selatan

3. Pelukis Rusia sedih lukisan mural dipadam

untitled design 2024 07 17t181913 497 1 4358666 20240717182642

Seorang pelukis dari Rusia meluahkan rasa hampanya di media sosial apabila lukisan muralnya yang ditempatkan di sebuah bangunan dekat Kuala Lumpur dipadam tanpa penjelasan.

Julia Volchkova dalam hantaran video di Instagram miliknya memaparkan dinding yang menempatkan karyanya itu sudah dicat dengan warna putih.

Menyifatkan karyanya itu seperti ‘anak’, Julia masih keliru berkenaan mengapa lukisan muralnya itu dipadam selain berkata perkara ini terlalu kerap berlaku dalam kalangan pelukis jalanan atau street artist.

Dalam pada itu, Julia juga berkata dia hampa dengan tindakan memadam lukisannya itu kerana ia sangat digemari oleh orang tempatan serta pelancong luar selain menjadi mercu tanda di ibu kota itu.

Artikel berkaitan: “Saya ingin tahu sebabnya” – Pelukis Rusia Sedih Lukisan Mural Di KL Dipadam

4. Wanita mengaku buli siber Esha didenda RM100

cdn4.premiumread.com

Seorang pembantu rumah orang tua mengaku bersalah, atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat dengan tujuan membangkitkan kemarahan berhubung kes buli siber pempengaruh media sosial Rajeswary Appahu atau dikenali Esha, di aplikasi TikTok.

Majistret Arunjothy M Selvarwam mengenakan denda RM100 terhadap P. Shalini, 35 tahun. Mengikut pertuduhan, dia didakwa atas pertuduhan dengan sengaja mengeluarkan kata-kata kesat melalui akaun TikTok alphaquinnsha dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.

Menurut sumber, kesalahan itu dilakukan pada 1 Julai lalu kira kira jam 4.10 pagi di Sentul. Tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Artikel berkaitan: Kes Buli Siber Esha: Pembantu Rumah Mengaku Bersalah Didenda RM100

5. Puteri Dubai ceraikan suami di Instagram

untitled design 7 749b.1248.jpg

Baru setahun mendirikan rumah tangga dan dua minggu menimang anak pertama, Puteri Dubai iaitu Sheikha Mahra binti Mohammed bin Rashid Al Maktoum, telah mengumumkan perceraian terhadap suaminya, Sheikh Mana bin Mohammed bin Rashid bin Mana Al Maktoum di laman media sosial.

Dalam hantaran pendek yang dimuat naik itu, Sheikha Mahra menulis ayat ‘I divorce you’ (Saya ceraikan kamu) sebanyak 3 kali seperti lafaz talak sebelum meminta suaminya menjaga diri. Dalam ajaran Islam, lafaz talak diucapkan oleh si suami kepada isterinya.

Screenshot 2024 07 19 at 4.21.30 PM

Sheikha Mahra merupakan anak kepada Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum yang merupakan penguasa Dubai, Naib presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Manakala, Sheikh Mana adalah seorang ahli kerabat diraja Dubai dan juga usahawan yang cukup dikenali ramai.

Artikel berkaitan: Baru 2 Bulan Bersalin, Puteri Dubai Ceraikan Suami Di IG

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.