in

“Lirik lagu ini umpama zikir” – Boleh Pesongkan Akidah, Timbalan Mufti Kelantan Minta Henti Nyanyi Lagu GISBH

Pasar Ikhwan Lagu Zikir Bahaya Akidah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Pasar Ikhwan di Putrajaya, siapakah dia Abuya?”

Boleh dikatakan hampir kesemua daripada kita yang mendengar lagu ini dengan mudahnya boleh terikut-ikut menyanyi dan tidak dapat keluarkan ia daripada fikiran sehingga berhari-hari lamanya.


Malah ada yang gunakan lagu tersebut untuk dijadikan parodi video TikTok dan perkara ini telah mendapat perhatian Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.

Muf30 1727685604

Artikel berkaitan: “Pasar Ikhwan di Putrajaya” – Buat Ramai Terngiang, Dr Malar Kongsi Cara Atasi Masalah ‘Earworms’

Artikel berkaitan: PDRM Dedah Pengikut Setia GISBH Diberi Pangkat, ‘Dikurniakan’ Isteri-isteri

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terikut-ikut dengan lirik lagu GISB Holdings (GISBH) yang didakwa membawa ajaran sesat.

Tambahnya lagi, tindakan itu bercanggah dengan agama Islam dan meminta supaya perbuatan menyanyikan lagu itu yang kini tular di media sosial segera dihentikan.

Lirik lagu ini umpama zikir kerana ia sudah ada ketika pengasas pertubuhan Al-Arqam, Asaari Muhammad masih hidup dan kini parodi lagu berkenaan kembali tular di media sosial.

“Justeru saya menasihatkan supaya hentikannya segera kerana boleh memesongkan akidah,” katanya.

Gisbh 1

Terdahulu, polis telah melancarkan tindakan besar-besaran ke atas rumah kebajikan yang dikendalikan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan.

Serbuan ini menyaksikan 402 kanak-kanak, berusia antara 1 hingga 17 tahun yang diselamatkan daripada dakwaan eksploitasi dan penderaan.

Harap lagu tu tidak lagi menghantui korang ye… 

Sumber: Berita Harian

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.