in

“Lif laju sangat tutup” – Keluarga Panik, 30 Minit Budak Terperangkap Seorang Diri Dalam Lif

Terperangkap Dalam Lif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu keluarga berdepan detik mencemaskan apabila seorang kanak-kanak terperangkap dalam lif seorang diri.


Menerusi video yang dikongsikan oleh @its_meell21 di TikTok, kelihatan beberapa individu berkerumun di hadapan sebuah lif yang pintunya sedikit terbuka dipercayai rosak.

Menurut pemilik video, kanak-kanak terbabit telah terperangkap di dalam lif sekitar 30 minit.

Artikel berkaitan: “Panik, sesak nafas” – ‘Founder’ Tudung Tersekat Hampir 2 Jam Dalam Lif Kondominium

Artikel berkaitan: Lelaki Panik, Ingatkan Terperangkap Dalam Lif Tapi Rupanya…

Difahamkan, pintu lif sedikit terbuka selepas bapa kanak-kanak terbabit sempat menahannya menggunakan kaki.

“Budak ni stuck dalam lif, dah 30 minit tak boleh keluar. Maintenance pula tak ada dekat tempat kejadian.

“Untuk para ibu bapa yang ada anak kecil, kena berhati-hati ya. Kebetulan pula lif ni memang laju sangat tertutup.

“Bapak dia tak sempat nak masuk pintu dah tutup, Nasib baik tersekat dengan kaki jadi pintu boleh terbuka sikit,” katanya.

@its_meell21

Untuk mommy2 yg ad budak kecik, Kne berhati2 yaa Kebetulan pulak lift ni memang laju sangt tertutup, Bapak dia x sempat nk masuk pintu dah tutup, nasib baik tersekat dgn kaki so boleh pintu dapat terbuka sikit . Sian budak nya panic 🥹

♬ original sound – its_meEll21 – its_meEll21

Dalam video itu, kelihatan seorang wanita dipercayai ibu kanak-kanak itu cuba menenangkan anaknya yang berada dalam lif.

Turut dipaparkan terdapat pengawal keselamatan yang berada di depan pintu lif sedang berusaha menyelesaikan insiden yang sedang berlaku.

Meninjau ke ruangan komen, pemilik video memaklumkan kanak-kanak itu berada dalam keadaan selamat, hanya menangis kerana ketakutan.

Rata-rata netizen yang melihat video itu berasa kasihan dengan nasib yang menimpa kanak-kanak tersebut.

Screenshot 2024 06 25 153533 Screenshot 2024 06 25 153549 Screenshot 2024 06 25 153655

Seriau tengok, nasib tak ada perkara buruk yang berlaku.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.