in

“Level editing dia lain macam betul”- Lelaki Ini Menyamar Jadi Doktor Lepas Edit Muka Pakai ‘Photoshop’

Feature Image Doktor Palsu E1613799661823

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang kita tahu, tugas seorang doktor adalah untuk merawat orang sakit. Kadang-kadang tu sampai tak sempat pun nak berehat, demi menyelesaikan tugasan.


Baru-baru ni, satu perkongsian di laman Facebook oleh Aryana Ren mengenai seorang lelaki yang edit mukanya bagi menyamar menjadi seorang doktor.

Story-mory Dr:Let’s play detectives! Here’s the gigantic issue: swindler/ con-man/ scammer O&G medical officer -…

Posted by Aryana Ren on Saturday, November 2, 2019

Menurutnya doktor palsu yang dikenali sebagai Mohd Aizat Hamdan itu mengaku dirinya adalah Dr sakit puan. Lelaki itu dikatakan kononnya bertugas di Hospital Raja Permaisuri Bainon (HRPB), Ipoh.

Namun helahnya mula terbongkar apabila nama Aizat Hamdan tiada dalam Malaysian Medical Council (MMC).

Tambah Aryana, tujuan utama lelaki ini menyamar menjadi doktor adalah untuk menipu kaum wanita dengan mengatakan dia merupakan seorang Medical Officer (MO) sakit puan. Lebih kurang macam love scam lah.

“Edit guna Photoshops ke?”

Lelaki ini turut dikatakan menyunting gambar mukanya dengan menggunakan gambar seorang doktor terkenal dari Indonesia. Doktor itu dikenali sebagai Dr Rudiman.

Dokor Betul 1
Sumber: instagram

Hasil perbuatan doktor palsu ini, satu laporan polis telah dibuat bagi mengelakkan penipuannya terus berleluasa. Aryana juga telah merujuk kepada pemilik sebenar gambar mengenai perkara ini dan dia mengesahkan bahawa tidak pernah bagi kebenaran kepada sesiapa untuk menggunakan gambar miliknya.

 

22
Sumber: facebook

 

223
Sumber: facebook

Aryana turut meluahkan rasa kecewanya terhadap lelaki ini yang menggunakan gelaran Doktor Sakit Puan (O&G) sebagai modus operandi untuk mencari cinta.

Namun ada juga netizen yang memberi komen mengenai pengalaman mereka yang hampir digoda oleh doktor palsu ini. Tidak kurang juga, netizen turut berasa editing palsu lelaki ini mudah untuk dikesan.

“Akhirnya tertangkap pun!”

Pengalaman 1
Sumber: facebook

“Takda seni edit betul”

Gelak 1
Sumber: facebook

Ish apa ni? Admin rasa dia teringin sangat nak jadi doktor lah. Tak baik tau tipu orang, dah la mencuri gambar orang lain.

 

Baca: “Kalau aku terus terkeluar anak” – Wanita Dah Nak Beranak, Sekali Terkejut Tengok Doktor ‘Dress Up&’ Jadi Joker

Doktor Joker

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.