in

Lepas Tular Menyamar Jadi Pramugari, ‘Kak Nisa’ Dapat Tajaan Penuh Akademi Penerbangan

syaz ft 2026 01 14T161540.561

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Khairun Nisa, 23 sebelum ini menjadi bualan hangat selepas dia terbongkar menyamar sebagai pramugari syarikat penerbangan Batik Air, sekali gus mencetuskan kontroversi di media sosial.

Namun di sebalik kecaman dan kritikan, tersimpan kisah peribadi tentang impian yang tidak kesampaian, tekanan keluarga serta keinginan kuat seorang anak untuk membanggakan ibu bapanya.


Artikel berkaitan: Bagi Jawapan Tak Selari Dengan SOP, Penumpang ‘Kantoi’ Menyamar Jadi Pramugari Batik Air

Artikel berkaitan: AirAsia Perbaharui Polisi Pakaian, Pramugari Dibenarkan Berhijab Tanpa Perlu Ikut Laluan Terpilih

Mesra disapa sebagai Nisya, wanita ini difahamkan pernah mencuba nasib menembusi dunia penerbangan melalui saluran rasmi. Dia mengikuti proses pemilihan pramugari dengan mengeluarkan kos yang besar, dipercayai mencecah puluhan juta rupiah. Malangnya, usaha tersebut tidak membuahkan hasil.

Tekanan demi tekanan yang dilalui, ditambah rasa malu serta desakan untuk segera berjaya, akhirnya mendorong Nisya membuat keputusan yang salah.

Walaupun dicap negatif dan menjadi sasaran kecaman netizen, kisah Nisya tidak berakhir di situ. Di tengah kejatuhan, muncul sinar harapan apabila sebuah institusi latihan kru kabin dari Kediri, Jawa Timur, tampil menghulurkan bantuan.

Aeronef Academy secara terbuka menawarkan peluang kedua kepada Nisya untuk mengejar cita-citanya melalui laluan yang sah. Menerusi akaun Instagram rasmi @aeronefacademy.official, institusi berkenaan menyatakan kesediaan menyediakan latihan pramugari secara percuma.

Tawaran itu menerima reaksi positif daripada warganet, dengan ramai menyifatkannya sebagai bukti bahawa setiap kesilapan masih mempunyai ruang untuk diperbetulkan.

“Kisah perjuangan Nisya dari Palembang menyentuh hati ramai pihak. Keinginannya untuk membahagiakan ibu bapa menjadi sebab kami membuka peluang ini. Kami percaya, niat yang baik perlu disalurkan melalui jalan yang betul,” tulisnya.

Aeronef Academy dikenali sebagai pusat latihan kru kabin yang mengangkat konsep World Class Cabin Crew Training, dengan penekanan kepada pembentukan profesionalisme, disiplin dan etika kerja dalam industri penerbangan.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.