in

“Lepas SPM nanti mai” – Pemilik Terkejut Resort ‘Diserang’ Pelajar Gara-gara Ujian Mendengar SPM

Salang Sayang Wujud Pemilik Spm Ujian Mendengar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial semalam, isu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia mengambil ujian mendengar bagi subjek Bahasa Malaysia dan mengalami kesukaran dalam menjawab soalan dek kerana beberapa gangguan.

Bagi yang tak tahu, ujian mendengar ini pertama kali dilakukan dan ia sama macam listening test yang korang ambil masa MUET tu.


 

Pelajar tak puas hati nama resort pelik

Pun begitu, sebuah resort bernama ‘Salang Sayang’ yang terletak di Kuala Rompin, Pahang telah menerima banyak bad reviews gara-gara ujian mendengar ini.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, rata-rata pelajar telah meninggalkan komen makian dan kritikan dek kerana nama resort tersebut yang dikatakan pelik dan disebut di dalam ujian tersebut hingga mencetuskan kekeliruan pelajar.

https://www.facebook.com/300805196634773/posts/4856819184366662/?d=n

 

Antara komen yang ditinggalkan pelajar SPM ialah supaya resort tersebut mengubah namanya supaya menjadi lebih senang disebut dan ada yang mengatakan resort ini bakal menjadi punca mereka gagal SPM Bahasa Malaysia. Pulak dah… 

Lain kali jangan letak nama susah sangat. Orang yang jawab exam mendengar BM 2021 menderita tak terkata. 

“Nama ja bikin bingung.

“Kalau aku fail SPM semua salah kau. 

“Tolong tukar nama. Saya fail SPM sebab kamu.” 

 

“Saya terpinga-pinga apabila cakap ‘ada deal dengan Jabatan Pendidikan ke'”

Perkara ini kemudian mendapat respon pemilik Salang Sayang Resort, Nadiah Tuan Rozaimin Azam yang berkata, dia pada awalnya terkejut apabila mendapat ‘serangan’ bertubi-tubi di Instagram termasuk ruangan komen gambar pasukannya.

Menurut mStar, dia pada awalnya menyangka ada pelanggan tidak puas hati dengan layanan yang diberikan resortnya.

“Pada mulanya saya check dulu dengan team di group WhatsApp sama ada terdapat masalah dengan pelanggan atau tidak. 

“Sebab pelik sangat pada mulanya, tapi bila tengok ada salah seorang calon SPM mesej di Instagram, baru faham ia berkaitan soalan peperiksaan. 

“Calon tersebut cakap yang nama resort kami masuk dalam paper SPM untuk ujian mendengar. 

What Happend

“Katanya, soalannya macam ni, ‘Iman sekeluarga pergi bercuti di Pulau Tioman menginap di Salang Sayang Resort.

“Tapi calon SPM dengar ‘salam layang resort, salang layang, sembahyang resort dan sebagainya,” cerita pemiliknya.

Tambahnya lagi, dia terpinga-pinga bila ada yang mengatakan jika dia mempunyai ‘deal’ dengan Jabatan Pendidikan kerana nama resort itu muncul dalam peperiksaan.

Salang Sayang Resort juga katanya telah beroperasi sejak tahun 1981 lagi dan ia menyediakan tempat penginapan dan trip island hopping untuk pelancong.

2017 03 21 1 2

Demi untuk meredakan tekanan yang dialami pelajar SPM, Nadiah memuat naik beberapa IG story yang mengucapkan ‘good luck’ kepada pelajar serta menjemput mereka ke resort tersebut selepas tamat peperiksaan nanti.

Wujud

I Failed In Spm Because Of You Salang Sayang Resort Attacked By Spm 2021 Candidates 4

Mujur ownernya chill saja! Harap pelajar SPM janganlah terbawa-bawa dengan perasaan marah tu. Kesian owner resort tak tahu apa-apa. 

Baca: Alasan Masa Dah Habis, Pelajar SPM Ini ‘Frust’ Dapat Dengar Sekali Je Untuk Ujian Mendengar BM

Fi Spm

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.