in

Lepas ‘Pow’ RM1,250, Polis Cabul & Paksa Pasangan Kekasih Lakukan Seks Sambil Diaorang Rakam

Gari

Dua anggota polis ditahan kerana melakukan seks oral, mencabul dan paksa pasangan kekasih melakukan hubungan seks sambil merakamnya.

Konstabel dan Lans Koperal yang berusia 31 hingga 35 tahun di Pengakalan Chepa, Kelantan ini juga menumbuk dan mengugut salah seorang mangsa sebanyak RM 1,250.

 

Tumbuk, paksa seks oral & pasangan melakukan seks sambil diaorang rakam 

Sekitar jam 10.45 malam Jumaat lalu, anggota polis tersebut membuat rondaan dan kemudian terserempak dengan pasangan kekasih yang berusia 20-an pada waktu itu sedang berada di dalam sebuah kereta di tepi jalan.

Tambah Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat lagi, anggota polis itu menumbuk mangsa sebelum mengugut sejumlah wang tersebut supaya tidak dirujuk ke pejabat agama. Lapor Harian Metro.

“Selepas memperoleh wang berkenaan yang dikeluarkan di mesin juruwang automatik (ATM) berdekatan, anggota polis berkenaan juga didakwa minta pasangan kekasih itu melakukan hubungan seks dalam kenderaan mangsa sambil aktiviti itu dirakam menggunakan telefon bimbit anggota polis itu.”

Lebih biadap lagi, anggota polis tersebut mengambil kesempatan terhadap mangsa untuk memuaskan nafsu mereka serta mempergunakan mangsa menggunakan ‘kuasa’ mereka.

“Mangsa wanita berkenaan turut mendakwa dia dipaksa melakukan seks oral selain dicabul oleh seorang anggota polis ketika kekasihnya mengambil wang di ATM.”

Shafien berkata, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat pasangan berkenaan pada Ahad lalu iaitu dua hari selepas kejadian.

“Susulan itu, kita sudah menahan dua anggota berkenaan dan kini direman seminggu untuk siasatan lanjut. Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa, kita mengambil kira semua dakwaan mangsa dan siasatan menyeluruh akan dijalankan.”

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 377c, 354 dan 384 Kanun Keseksaan sekiranya benar anggota polis terbabit terbabit dalam kegiatan jenayah.

Dalam pada itu, kedua-dua mangsa juga dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

 

Baca : [VIDEO] Anggota Polis Wanita Dari Kontinjen Kelantan Disiasat Sebab Buat Video TikTok Ketika Pakai Uniform

Tiktok