“Lepas ni ketua keluarga dah tak perlu asyik pergi pasaraya” – Senang Je Sebenarnya Nak Simpan Sayur Bagi Tahan Lama

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, rakyat dinasihatkan untuk kawal pergerakan dan tak perlu keluar melainkan ada urusan yang penting seperti membeli barang keperluan. Oleh itu, hanya ketua keluarga atau wakil keluarga je yang dibenarkan untuk keluar membeli barang di pasaraya.

Majoriti ketua keluarga ialah dalam kalangan lelaki. Mereka pegi membeli barang-barang keperluan di pasaraya tanpa ditemani oleh ‘orang rumah’. Agak-agak susah tak orang laki beli barang kat pasaraya ?

Sudah pasti barang basah seperti ikan, ayam dan sayur yang akan dibeli sewaktu ke pasaraya.

Sayur salah satu bahan keperluan yang mungkin tak akan tahan lama. Jangan risau, wanita ni share macam mana cara nak bagi sayur-sayur tahan lama so dah tak perlu lagi nak ulang-alik ke pasaraya.

Menurut posting Rozlyn Farah Diana di Facebook, dia bagi tau senang je sebenarnya nak simpan sayur ni supaya tak cepat buruk.

  1. Sebelum simpan, potong kecil-kecil terlebih dahulu sayur tu sebelum dimasukkan ke dalam bekas. Tak perlu basuh, nak guna nanti baru basuh
  2. Ambil bekas yang sesuai untuk letak sayur-sayur tu.
  3. Lapik dalam bekas yang dah sedia ada tu dengan tisu
  4. Masukkan sayur-sayur yang dah dipotong kecil-kecil tadi
  5. Lepas tu, lapik semula sayur-sayur tu dengan tisu. Ini bertujuan untuk menyerap wap air yang ada nanti.
  6. Tutup dengan penutup dan simpan di dalam peti sejuk

Lepas seminggu korang boleh tengok sayur-sayur tu still segar.

Untuk halia dan lengkuas pula, korang boleh letak dalam bekas yang berasingan dan isi air dalam bekas tu. Lalu, rendam halia dan lengkuas tu sampai tenggelam dan tutup bekas tu. Lepass tu dah boleh masukkan dalam peti sejuk. Korang rajin-rajinlah tukar air dalam tu supaya tahan lama.

Netizen lain pun share juga selain bekas kedap udara, ziplock pun boleh guna untuk simpan sayur katanya lebih jimat ruang.

Ziplock pun boleh guna

Tak payah risau sayur layu ke apa

So, lepas ni ketua keluarga tak perlu asyik nak ulang-alik ke pasaraya untuk beli barang yang dipesan oleh orang rumah. 

Baca : “Ingat manusia ni span?” – Kongsi Tips Minum Air 7 Liter Sehari, Lelaki Ini Terima Kecaman Netizen

 

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fadilah Rofiie

Penggemar makanan pedas, senang cerita tak pedas tak makan. Lagi selesa pakai sneakers daripada heels