in

“Ingat manusia ni span?” – Kongsi Tips Minum Air 7 Liter Sehari, Lelaki Ini Terima Kecaman Netizen

Untitled Collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minum air dua liter sehari adalah antara perkara yang paling mudah untuk dibuat, tapi tersangatlah payah nak dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita — betul kan?


Rasa nak senak perut, rasa nak muntah la, letih ulang alik ke toilet seratus kali dan pelbagai lagilah — saja cari alasan tak nak cukupkan minum air ikut saranan yang diberikan tu.

Lagi satu, biasanya kita dengar doktor atau mana-mana pakar kesihatan menasihatkan untuk kita minum air dua liter atau lapan gelas sehari untuk mencukupkan keperluan hidrasi tubuh badan — tapi macam mana kalau ada orang minum tujuh liter pulak?

Jangan tak percaya, memang ada orang buat macam tu.

Air

Air2

Ada netizen menjawab, drinking too much water boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan — namun individu tersebut membalas dengan kenyataan ini:

Air3

Alamak, macam mana pulak dah ni? Perkongsian yang dimuatnaik oleh individu ini bagaimanapun menerima reaksi pelbagai daripada netizen, yang rata-ratanya mengecam beliau kerana tindakan itu dikatakan agak keterlaluan.

Air1

Air4

Bukan saja netizen, malah perkara ini turut mendapat perhatian daripada golongan perubatan sendiri.

Air5

Air6

Sebenarnya, ada formula dia untuk menentukan berapa banyak air yang kita perlu consume dalam sehari — mengikut berat dan ketinggian. Kita pun kena jugak observe apa aktiviti yang kita buat, dan amalan diet yang kita sebab semua itu diambil kira.

Tak boleh la kita ikut je apa orang lain buat, so better ikut nasihat doktor. Kalau jadi apa-apa, siapa susah nanti?

 

Baca: “Bukan suka-suka mendera, tapi ujian saringan” – Doktor Kongsikan 5 Tips Ibu Hamil Tak Muntah Bila Minum Air Gula

Capture 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.